Peserta Khatam Al-Quran 4.0 bergambar bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dan Editor Eksekutif Lifestyle
Sinar Harian, Meen Tahrin sejurus selesai menamatkan bacaan masing-masing.
Peserta Khatam Al-Quran 4.0 bergambar bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dan Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin sejurus selesai menamatkan bacaan masing-masing.

Alunan 23 surah simbolik khatam al-Quran

Seramai 72 pelajar sekitar Selangor diraikan dalam program Khatam Al-Quran 4.0

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
20 Mar 2025 10:01am

Mengimarahkan Ramadan tidak akan lengkap sekiranya tiada pengisian khatam al-Quran bagi umat Islam.

Tidak mahu melepaskan peluang itu, Akademi Pendidikan Sinar Bestari dengan kerjasama Sinar Harian, Sinar Bestari, Sinar Islam Plus dan Yayasan Nur Karangkraf menganjurkan program Khatam Al-Quran 4.0 bersama 72 pelajar asnaf, anak yatim dan tahfiz.

Guru membantu pelajar mereka mendaftar dengan sukarelawan Khatam Al-Quran 4.0.
Guru membantu pelajar mereka mendaftar dengan sukarelawan Khatam Al-Quran 4.0.

Acara berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini, menyaksikan peserta berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk al-Quran beramai-ramai.

Suasana penuh khusyuk dan syahdu menyelubungi majlis apabila peserta terdiri daripada golongan asnaf dan anakanak yatim menamatkan bacaan 23 surah dengan penuh tertib serta adab.

Pelajar lelaki menghayati setiap surah ketika program berlangsung.
Pelajar lelaki menghayati setiap surah ketika program berlangsung.

Personaliti terkenal, Aniq Muhai memimpin bacaan al-Quran dan menyampaikan tazkirah.

Tidak dilupakan pihak yang memberi sumbangan seperti Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Yayasan Nur Karangkraf, Hospital Columbia Asia Bandar Kinrara, ABLE Farm, Salihen Bridal, Andromeda Event, Vita Health dan individu.

Artikel Berkaitan:

Pelajar perempuan turut mengalunkan bacaan masing-masing, manakala guru pengiring tidak melepaskan peluang membaca al-Quran dengan menggunakan telefon bimbit.
Pelajar perempuan turut mengalunkan bacaan masing-masing, manakala guru pengiring tidak melepaskan peluang membaca al-Quran dengan menggunakan telefon bimbit.

Ikuti perkongsian lensa sepanjang berlangsungnya program ini!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp