Akibat banjir kilat, orang ramai terpaksa mengosongkan rumah masing-masing dan berpindah ke pusat pemindahan sementara demi keselamatan. Kredit: Bernama
Akibat banjir kilat, orang ramai terpaksa mengosongkan rumah masing-masing dan berpindah ke pusat pemindahan sementara demi keselamatan. Kredit: Bernama

Apa itu banjir kilat? Ini yang perlu guru & pelajar tahu!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Apr 2025 03:41pm

Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat pada pagi Jumaat hingga mengejutkan komuniti setempat.

Jalan utama sesak teruk, sekolah-sekolah terpaksa menunggu kehadiran pelajar yang lewat dan ada guru yang terkandas dalam perjalanan kerana air naik mendadak.

Fenomena ini bukanlah perkara baharu. Jika ia berlaku, banyak kawasan akan terjejas dalam tempoh yang sangat singkat.

Berikutan sering terjadi, Sinar Bestari terpanggil untuk berkongsi definisi banjir kilat sebagai pengetahuan guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat di negara ini.

Banjir kilat ialah sejenis banjir yang berlaku dalam tempoh singkat, biasanya selepas hujan lebat melanda sesuatu kawasan.

Kredit: Bernama
Kredit: Bernama

Kenaikan air boleh berlaku dalam masa kurang dari enam jam menyebabkan kawasan rendah ditenggelami air dengan cepat tanpa amaran panjang.

Banjir kilat sering berlaku di kawasan bandar kerana sistem perparitan yang tersumbat, pembangunan yang pesat tanpa kawalan dan permukaan berturap yang menghalang air daripada meresap ke dalam tanah.

Artikel Berkaitan:

Terdapat beberapa impak sekiranya banjir kilat ini berlaku. Antaranya adalah kerosakan harta benda, gangguan lalu lintas, risiko keselamatan kepada nyawa dan penyebaran penyakit air bertakung.

Kredit: Orang awam di media sosial
Kredit: Orang awam di media sosial

Akhir sekali, Sinar Bestari mendoakan agar semua pihak berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi ujian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan.

Kepada guru dan para pelajar, jagalah keselamatan diri sepanjang tempoh banjir kilat ini.

Semoga cuaca kembali cerah, banjir surut seperti biasa dan semua urusan harian termasuk sesi persekolahan dapat berjalan dengan lancar seperti sediakala.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp