Penggunaan GD boleh dikatakan penting di setiap sekolah. Boleh belajar dari rakan-rakan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman.
Penggunaan GD boleh dikatakan penting di setiap sekolah. Boleh belajar dari rakan-rakan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman.

7 kemahiran tambahan yang perlu ada pada guru

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Mar 2025 11:16am

Guru masa kini perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran tambahan bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) lebih berkesan dan relevan dengan keperluan semasa.

Kemahiran tambahan ini bukan sahaja membantu guru di dalam kelas tetapi turut membentuk pelajar berdaya saing, kreatif dan berfikiran kritis.

Hari ini, Sinar Bestari kongsikan tujuh kemahiran tambahan yang perlu dimiliki oleh setiap guru bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan membimbing pelajar ke arah kecemerlangan.

1) Mampu menghasilkan poster atau sepanduk

Jika tidak mahir Adobe Photoshop, guru-guru boleh gunakan Canva kerana ia lebih mudah.

No Image Caption

2) Kemahiran berucap

Boleh berucap secara spontan sekiranya diperlukan, perlu biasakan diri memegang mikrofon.

Artikel Berkaitan:

3) Kemahiran menghasilkan video

Terdapat pelbagai software editing video. Guru-guru boleh explore dan sekiranya mahir Canva dan Filmora, ia sudah memadai.

4) Menguasai asas Word, Powerpoint dan Excel

Mungkin ramai yang sudah menguasai Word dan Powerpoint. Namun, masih terdapat sebahagian pendidik yang belum mahir dengan Excel. Disarankan cikgu-cikgu mempelajarinya jika mempunyai masa luang.

No Image Caption

5) Mahir menggunakan Google Drive (GD)

Penggunaan GD boleh dikatakan penting di setiap sekolah. Boleh belajar dari rakan-rakan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman.

6) Google Form (GF)

Yang ini memang selalu digunakan, cuma perlu tambah juga kemahiran menjana sijil digital secara automatik melalui GF.

7) Mahir menggunakan AI

Sebagai contoh, ChatGPT atau apa-apa tool AI yang membantu.

No Image Caption

Dengan menguasai sebahagian kemahiran tambahan ini, guru-guru dapat menjadi cikgu yang lebih efektif dan hebat dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar.

Sumber: Pendidik2u

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp