Harsha Ravindran, 19-Year-Old Co-Founder and Acting CEO of Ascendance (1)
Harsha Ravindran, 19-Year-Old Co-Founder and Acting CEO of Ascendance (1)

Ascendance anjur persidangan pelajar antarabangsa, tarik penyertaan 700 sekolah seluruh dunia

Mohd Khairi Mohamad Yusri
18 Sep 2021 08:01pm
A
A
A

 

Dalam semangat Hari Malaysia, 80 orang belia Malaysia dari Ascendance menganjurkan persidangan anak muda antarabangsa terbesar di dunia iaitu New Age Learner Virtual Conference: Building the Future with Generation Z.

Persidangan yang diadakan pada 18 dan 19 September ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan anak-anak muda berumur 13 hingga 25 tahun untuk mencapai kejayaan holistik dalam kebahagiaan, kesihatan, pendidikan dan semangat mereka.

Menurut Pengasas bersama dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Ascendance, Harsha Ravindran, persidangan ini diadakan sebagai platform untuk membuka potensi anak muda untuk mengubah dunia.

Harsha Ravindran

"Persidangan ini adalah platform yang membawa banyak aktiviti dan permainan menarik yang dapat kalian gunakan untuk membuka potensi, dan pada masa yang sama mengetahui bagaimana anda dapat memainkan peranan anda bukan sahaja dalam mengetahui apa yang anda gemari tetapi juga menggunakannya untuk mengubah dunia.

“Saya teruja melihat perkara-perkara luar biasa yang akan anda lakukan dari sini, ”katanya yang baru berusia 19 tahun.

Persidangan ini diisi dengan ceramah oleh 30 orang anak muda dari Malaysia, Amerika Syarikat, Bangladesh, Ireland, Itali, United Kingdom, India, Kanada, Tanzania dan Hong Kong yang merupakan penerima anugerah antarabangsa berumur 11 hingga 26 tahun.

Ucapan perasmian disampaikan oleh wakil dari Wharton School, University of Pennsylvania. Professor David J. Reibstein, berkata “ramai orang di luar sana mengatakan bahawa kalian adalah pemimpin masa depan dunia. Namun, saya tidak berfikir sedemikian kerana pada saya kalian semua adalah pemimpin dunia masa kini.”

Professor David J. Reibstein, The Wharton School, University of Pennsylvania



Dengan peserta dari 28 negara dan 600 peserta dari lebih daripada 700 sekolah, persidangan ini juga menandakan langkah pertama Ascendance ke arah visi mereka yang lebih besar untuk mempengaruhi #sejutaremaja (#onemillionteens) untuk tempoh lima tahun mendatang.

Hujung minggu lalu, persidangan serupa diadakan untuk pelajar sekolah rendah berusia 9 hingga 12 tahun yang menarik 52,000 penonton dari seluruh dunia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok