Pelantikan PPP Gred DG41 COS terdiri daripada calon Graduan Bukan Pendidikan yang ditemuduga pada 18 September sehingga 9 November 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Pelantikan PPP Gred DG41 COS terdiri daripada calon Graduan Bukan Pendidikan yang ditemuduga pada 18 September sehingga 9 November 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

6,315 dilantik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

ROSHLAWATY MD RAIEH
09 Feb 2024 11:10am
A
A
A

Seramai 6,315 calon guru telah berjaya dalam temu duga dan layak dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract Of Service (COS) untuk mengisi sebahagian keperluan guru di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh negara.

Berita baik itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam satu kenyataan, pada Khamis.

SPP berkata, pelantikan PPP Gred DG41 COS bagi tahun 2023 terdiri daripada kalangan calon Graduan Bukan Pendidikan yang ditemuduga pada 18 September sehingga 9 November 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Mereka yang berjaya diminta untuk mengemukakan borang pemeriksaan perubatan ke Suruhanjaya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran sebelum urusan penempatan boleh dilaksanakan.

"Proses penempatan calon-calon yang berjaya akan diuruskan oleh KPM," ujarnya.

Akhir sekali, SPP mengingatkan calon-calon berkenaan supaya sentiasa merujuk kepada Portal e-Graduan KPM dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

Sinar Bestari mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang berjaya.

Semoga anda dapat menggalas tugas dan amanah yang diberikan sebaik mungkin, insya-ALLAH.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok