Kumpulan murid SK Bukit Damansara menjalankan penggambaran bagi menghasilkan video tugasan mereka.
Kumpulan murid SK Bukit Damansara menjalankan penggambaran bagi menghasilkan video tugasan mereka.

Bakat pelajar luar biasa

Bakat murid Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan.

Mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah semakin menyerlah meneroka dunia digital yang menjadi keperluan masa kini.

Menerusi siri Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy, terserlah kreativiti dan kebolehan luar biasa pelajar dalam menghasilkan video bertemakan tip pemuliharaan air.

Melalui tugasan yang diberikan, mereka bukan sekadar menunjukkan kemahiran teknikal dalam rakaman dan suntingan video, tetapi berjaya menyampaikan mesej pemuliharaan air dengan cara kreatif serta berkesan.

Program ini bukan sahaja mencungkil bakat pelajar dalam dunia media digital, ia memupuk minat generasi muda untuk menghargai dan menjaga sumber air.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

1) 100 murid Tahun Lima asah bakat

Seramai 100 murid Tahun Lima SK Putrajaya Presint 8(1) mencuri perhatian dalam program Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy.

Melalui program itu, murid-murid tersebut tampil menyerlahkan kebolehan dengan idea kreatif, kepetahan berbicara dan semangat untuk menjaga alam sekitar terutama sumber air.

Guru Penyelaras TV Pusat Sumber Sekolah (PSS), Mohamad Nazren Firdaus Mohd Razale, 29, melihat murid-murid tersebut sangat berani menonjolkan bakat dan potensi diri masing-masing.

"Saya lihat pihak Air Selangor dan Sinar Bestari banyak memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada para peserta. Saya juga perhatikan hasil tugasan mereka sangat baik, malah ada murid yang berjaya menonjolkan bakat terpendam dalam bidang penyiaran.

"Kebetulan saya sedang menilai beberapa murid untuk diserapkan sebagai kru TV PSS dan daripada pemerhatian, ada antara mereka yang berpotensi menjadi sebahagian daripada pasukan kami," katanya.

Mohamad Nazren Firdaus
Mohamad Nazren Firdaus

2) Jawab kuiz, raih jam eksklusif BoBoiBoy

Seorang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara berjaya membawa pulang jam tangan edisi terhad animasi, BoBoiBoy.

Hadiah istimewa itu ganjaran buat peserta yang menjawab soalan kuiz dengan pantas dan tepat.

Menurut Muhammad Aariz Danish Khairul Zakwan Chung, 11, usaha menjawab soalan dengan pantas dan tepat membuktikan dia fokus sepanjang program berlangsung.

"Saya sangat gembira apabila dihadiahkan jam tangan ini. Tetapi, saya tidak akan membawanya ke sekolah atau menunjuk-nunjuk kepada rakan lain bagi mengelakkan mereka berasa sedih,” katanya.

Kegembiraan dan bakat yang ditonjolkan murid semasa program itu turut menarik perhatian Guru Besar, Ainon Mohamed Asari, yang bercadang menganjurkan pertandingan video antara murid.

Muhammad Aariz Danish
Muhammad Aariz Danish

3) Platform murid gilap bakat terpendam

Penyertaan SK Raja Muda dalam program kesedaran pemuliharaan air sememangnya membawa makna besar kepada warga sekolah.

Menurut Guru Besar, Mohamad Hazli Hassan, 55, pemilihan sekolah itu menjadi bukti komitmen penganjur dalam mendidik generasi muda agar lebih peka terhadap kepentingan sumber semula jadi.

"Murid masa kini merupakan generasi yang bakal membentuk masa depan negara. Pendedahan awal berkaitan ilmu pengurusan air bukan sahaja membantu mereka memahami konsep penjimatan, malah menanam nilai menghargai setiap titisan air yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata, murid turut diberi pendedahan dalam bidang penyiaran dan penghasilan video pendek yang membuka ruang kepada mereka menonjolkan bakat kreatif masing-masing.

"Ilmu ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai pertandingan atau aktiviti kokurikulum yang membina keyakinan diri dan kemahiran abad ke-21. Terima kasih kerana menjayakan inisiatif ini," ujarnya.

Mohamad Hazli
Mohamad Hazli

4) Meneroka dunia digital

Transformasi pendidikan masa kini tidak lagi tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi menekankan pembentukan sahsiah, adab dan nilai kemanusiaan.

Justeru, pelaksanaan program berteraskan pendigitalan di sekolah amat berstrategik dan bermakna kerana ia menyokong dasar kerajaan ke arah era digital, di samping memastikan pelajar kekal berakhlak serta mempunyai jati diri kukuh.

Pengetua SMK Putrajaya Presint 9(2), Mazira Mohd Zain berkata, program tersebut membantu murid termasuk para guru untuk memahami dan mengadaptasi asas penting dalam kehidupan harian.

"Inilah langkah awal melahirkan pemimpin masa depan yang bukan sahaja bijak menggunakan teknologi, malah mempunyai sahsiah diri dan nilai kemanusiaan yang tinggi.

"Program sebegini amat awesome kerana berjaya menyatukan elemen akademik, moral dan digital dalam satu platform pembelajaran kepada generasi masa kini," kata beliau mengakhiri perbualan.

Mazira
Mazira

Pelajar SMK Putrajaya Presint 9(2) bekerjasama mengedit video yang telah mereka hasilkan.
Pelajar SMK Putrajaya Presint 9(2) bekerjasama mengedit video yang telah mereka hasilkan.

 

 

Ringkasan AI

  • Bakat murid Malaysia menonjol dalam bidang digital dan pemuliharaan air
  • Program Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy mencungkil bakat pelajar dan menyampaikan mesej pemuliharaan air
  • Seramai 100 murid Tahun Lima SK Putrajaya Presint 8(1) menyerlahkan kebolehan dan semangat dalam menjaga alam sekitar
  • Murid dari SK Bukit Damansara menang jam tangan BoBoiBoy sebagai hadiah kuiz
  • Program ini bermakna dalam mendidik generasi muda tentang pentingnya sumber semula jadi dan mengasah bakat terpendam
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp