274856319_501628208000990_5925526050434371784_n
274856319_501628208000990_5925526050434371784_n

Banjir di Terengganu dan Kelantan: KPM buka bilik gerakan banjir

Adlan Farhan Azwan
28 Feb 2022 11:29am
A
A
A

Putrajaya - Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuka bilik gerakan ekoran situasi banjir yang sedang melanda beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, beliau telah mengambil maklum tentang situasi banjir di Terengganu dan Kelantan yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di negeri tersebut.

“KPM telah membuka bilik gerakan banjir dan Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

Baca juga

Politeknik Melaka salur bantuan untuk mangsa banjir di 2 negeri

UTHM sumbang RM90 ribu untuk keperluan mangsa banjir negara

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persedian untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya menerusi hantaran di laman rasmi Facebook beliau, semalam.

Radzi kemudiannya memaklumkan, beliau baru sahaja selesai berbincang dengan Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah Pendidikan (KPPM) serta pegawai Lembaga Peperiksaan mengenai situasi semasa pusat peperiksaan SPM di Terengganu dan Kelantan yang terjejas akibat banjir.

“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan sekolah-sekolah di sana. KPM sentiasa memantau dan telah merangka pelan tindakan bagi memastikan peperiksaan SPM 2021 dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan teratur.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Kami menyedari bahawa keadaan yang berlaku tentunya memberi kesan kepada anak-anak calon peperiksaan yang berada di kawasan terjejas banjir.

“Dalam apa jua keadaan, calon boleh berhubung dengan guru kelas atau Setiausaha Peperiksaan di sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut,” jelasnya.

Beliau juga memberitahu pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan lanjut berhubung perkara ini

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok