unisza latest
unisza latest

Banjir: UniSZA umum cuti bencana dari 19 hingga 26 Disember

webadmin
21 Dec 2021 04:56pm
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Prihatin dengan kebajikan pelajarnya yang terjejas banjir, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengumumkan cuti bencana melibatkan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah (mod kerja kursus dan campuran) bermula 19 hingga 26 Disember ini.

UniSZA dalam kenyataan memaklumkan sepanjang tempoh itu, tiada sebarang aktiviti kuliah, pentaksiran serta penghantaran tugasan dilaksanakan.

“Bagaimanapun, bagi Fakulti Perubatan, hanya pelajar Tahun Satu sahaja yang terlibat dengan pelaksanaan cuti bencana ini manakala bagi pelajar Fakulti Perubatan yang lain perlu mengikuti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti biasa.

“Pengurusan dan seluruh warga UniSZA mendoakan agar semua pelajar yang terlibat dengan bencana banjir ini dipermudahkan urusan, dikurniakan kesabaran dan dilindungi daripada perkara yang tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

Pelajar UniSZA yang terkesan dengan banjir dan memerlukan bantuan boleh menghubungi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) menerusi talian 09-6687945 atau menghubungi fakulti masing-masing. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok