Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Belanjawan 2023: Galak sektor swasta gaji lebih tinggi

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
24 Feb 2023 06:35pm

Kerajaan akan terus menggalakkan sektor swasta menggaji dengan nilai yang lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji 17,000 graduan khususnya Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“PERKESO juga menyediakan insentif kepada majikan menggaji golongan mudah terjejas seperti orang kurang upaya (OKU), bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar sehingga RM600 sebulan untuk tempoh sehingga tiga bulan.

“Selain itu kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000.

“PERKESO juga menyediakan elaun RM300 untuk tiga bulan bagi menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Secara keseluruhan, beliau menambah, RM40 juta disediakan untuk manfaat 30,000 pekerja gig.

Ujarnya, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) dengan dana RM1 bilion akan dimanfaatkan untuk melaksanakan program latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja bagi majikan yang berdaftar dan mempunyai levi terkumpul.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp