Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Belanjawan 2024: RM180 juta disediakan melalui pinjaman pendidikan kepada 12,00 pelatih TVET

AZLEENDA SAHALUDIN
13 Oct 2023 05:21pm
A
A
A

Sejumlah RM180 juta akan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan Dana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) melalui pinjaman pendidikan kepada 12,000 pelatih yang mengikuti Program Pensijilan Kemahiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM20 juta akan dikhaskan untuk memanfaatkan pelatih yang mengikuti bidang maritim, kesenian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi sektor aeroangkasa.

“Selain itu, sebanyak RM17 juta juga disediakan bagi melaksanakan Program Tahfiz TVET.

“Program ini akan membuka peluang kepada pelajar tahfiz utnuk mempelbagaikan kemahiran di samping meneruskan pengajian hafazan,” katanya di Dewan Rakyat bersempena Bajet Belanjawan 2024 pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar turut berkata, pelepasan cukai sehingga RM2,000 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026.

Ia bertujuan menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baru.

Tambah Anwar lagi, kerajaan juga akan memperluaskan skop bagi pelepasan gaya hidup meliputi yuran untuk menyertai kursus kemajuan kenduri seperti kursus bahasa, fotografi, menjahit dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok