Anwar mengenakan baju Melayu berwarna kelabu ketika pembentangan Belanjawan 2025.
Anwar mengenakan baju Melayu berwarna kelabu ketika pembentangan Belanjawan 2025.

Belanjawan 2025: 17 bantuan pendidikan disediakan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Oct 2024 06:20pm

Mulai tahun hadapan, sebanyak 17 jenis bantuan pendidikan disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara bantuan pendidikan itu adalah:

1) Bantuan makanan asrama: RM2 bilion

2) Rancangan Makanan Tambahan (RMT): RM870 juta meningkat ketimbang RM784 juta. RMT bakal memanfaat lebih 860 ribu murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.

3) Hampir RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

4) Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta ketimbang RM150 juta tahun ini.

5) Bagi meningkatkan akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Anwar berkata, sejak 2002, sudah 22 tahun kadar Geran Per Kapita (PCG) Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak disemak semula.

Katanya, PCG ialah sumber kewangan utama sekolah dan kadar lama tidak lagi dapat menampung kos pembelajaran yang kian meningkat.

Sekolah Kurang Murid (SKM) di pedalaman pula bergantung kaedah PCG yang sama dan ini bermakna, SKM selama ini kurang dana.

"Kerajaan bersetuju kadar PCG bagi TVET ditingkatkan sebanyak 15 peratus menjadikan peruntukan keseluruhan PCG berjumlah lebih RM900 juta.

"Peruntukan khas RM10 juta disediakan sebagai Bantuan Persekolahan kepada semua 687 sekolah pedalaman.

"Selanjutnya, kerajaan bersetuju Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada RM530 sebulan ketimbang RM430 ," ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp