Walhasil antara perkataan sastera yang digunakan Anwar dalam Belanjawan 2025.
Walhasil antara perkataan sastera yang digunakan Anwar dalam Belanjawan 2025.

Belanjawan 2025: Perdana Menteri guna 12 perkataan sastera

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
19 Oct 2024 11:46pm

Sepanjang berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, kira-kira 12 perkataan sastera telah digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum.

Sinar Bestari senaraikan perkataan-perkataan diketengahkan beliau dalam Belanjawan 2025 pada Jumaat.

1) Ketimbang bermaksud berbanding

2) Arakian (maka)

3) Seyogia (sepatutnya)

4) Membugar (memulihkan atau memperbaharui)

5) Menghimbau (menyeru)

6) Walhasil (kesimpulan)

Artikel Berkaitan:

7) Mencakup (merangkumi)

8) Dhamir (kata ganti nama orang atau pihak)

9) Wewenang (hak atau kuasa)

10) Kendatipun (meskipun)

11) Merekayasa (melaksanakan)

12) Musharakah (perkongsian).

Penggunaan istilah sastera dalam majlis formal dan tidak formal merupakan identiti Perdana Menteri yang mempunyai Sarjana Muda Pengajian Melayu pengkhususan Sastera di Universiti Malaya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp