Sumbangan khas RM500 akan diberikan kepada lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta. Gambar hiasan
Sumbangan khas RM500 akan diberikan kepada lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta. Gambar hiasan

Belanjawan 2025: Perkasa institusi pendidikan Islam

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Oct 2024 07:48pm

Sebanyak RM2 bilion telah diperuntukkan kepada Hal Ehwal Islam menerusi Belanjawan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebahagian daripada jumlah itu adalah untuk memperkasa institusi pendidikan Islam.

Berikut info jumlah peruntukan yang dimaklumkan Anwar.

1) RM150 juta dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat.

2) Kerajaan bersetuju menambah kuota guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebanyak 1,500 orang selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.

3) Bagi membantu penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Darul Quran JAKIM, kerajaan bersetuju meningkatkan kadar wang saku penuntut sebanyak RM100.

Sementara itu, bagi menghargai sumbangan besar lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, Anwar berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 dengan peruntukan RM35 juta.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp