
Berdebar tunggu esok! UPKK 2025 diumum jam 10 pagi, semakan online 25 Februari
Debaran calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 bakal terjawab apabila keputusan rasmi diumumkan esok pada jam 10 pagi dalam satu majlis khas di Kompleks Islam Putrajaya.
Menurut kenyataan media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pengumuman tersebut akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Keputusan ini pastinya dinanti-nantikan ribuan calon, ibu bapa dan penjaga selepas melalui proses pembelajaran serta pentaksiran yang penuh komitmen sepanjang tahun lalu.
Semoga pengumumannya membawa khabar gembira buat murid-murid sekali gus menjadi motivasi untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri.
Untuk info, proses menyemak rumusan keputusan secara dalam talian boleh dilakukan esok, sekitar jam 12 tengah hari.
Calon, ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:
- Layari laman web rasmi: https://semakan.islam.gov.my/
- Masukkan No MyKid / No Kad Pengenalan Khas calon
- Masukkan No Angka Giliran
- Klik butang semakan untuk melihat rumusan keputusan
Selain semakan secara dalam talian, calon juga boleh mendapatkan slip keputusan rasmi di sekolah masing-masing mulai:
- 26 Februari 2026 (Khamis)
- Tertakluk kepada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah
Ringkasan AI
- Debaran calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 bakal terjawab apabila keputusan rasmi diumumkan esok pada jam 10 pagi dalam satu majlis khas di Kompleks Islam Putrajaya
- Pengumuman akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan
- Keputusan ini dinanti-nantikan ribuan calon, ibu bapa dan penjaga selepas melalui proses pembelajaran dan pentaksiran sepanjang tahun lalu
- Proses menyemak rumusan keputusan secara dalam talian boleh dilakukan esok, sekitar jam 12 tengah hari
- Calon boleh mendapatkan slip keputusan rasmi di sekolah masing-masing mulai 26 Februari 2026
