Fadhlina mengiringi Ahmad Zahid (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 2024 di SASICC, Kuantan, Khamis.
Fadhlina mengiringi Ahmad Zahid (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 2024 di SASICC, Kuantan, Khamis.

Berita baik! KPM umum enam inisiatif khas untuk pendidik

17 May 2024 04:07pm
A
A
A

Sebanyak enam inisiatif khas telah diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang pada Khamis.

Inisiatif khas yang diberikan kepada warga pendidik di negara ini terdiri daripada Kursus Pemerkasaan Teknologi, Kursus Apple Teacher, Sijil Profesional Digital, Geran Penerbitan, Program Cuti-Cuti Cikgu dan Indeks Kesejahteraan Guru.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, inisiatif itu bertujuan memperkasakan guru dan agenda guru digital akan datang.

“Menerusi inisiatif Kursus Pemerkasaan Teknologi, guru terpilih berpeluang menyertai kursus tersebut dalam domain Kecerdasan Buatan (AI) daripada PIXLR.

"Manakala inisiatif Kursus Apple Teacher pula, ia melibatkan kerjasama KPM dengan Apple Professional Learning Specialist Malaysia melatih dan membimbing 100,000 guru untuk diiktiraf sebagai Apple Teacher.

"Seterusnya, konteks Sijil Profesional Digital, seramai 1,000 guru terpilih akan menghadiri kursus dan menerima berkaitan serta diikitiraf sebagai Guru Jauhari Digital KPM,” katanya.

No Image Caption

Fadhlina menambah, inisiatif Geran Penerbitan membabitkan penyediaan dua geran masing-masing bernilai RM10,000 yang akan diberikan kepada guru untuk menerbitkan penulisan berkenaan Tokoh Guru Madani dan Tokoh Kepimpinan Madani.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, Program Cuti-Cuti Cikgu membabitkan rakan strategik antaranya Malaysia Airlines, Firefly, Bank Rakyat, Wetland Putrajaya, Air Asia dan Traveloka.

Bagi inisiatif Indeks Kesejahteraan Guru, ia akan dibangunkan bagi memastikan kesejahteraan guru sentiasa terpelihara dan dibentangkan buat kali pertama pada sambutan Hari Guru, tahun depan.

"Ia adalah komitmen berterusan Kerajaan Madani terhadap golongan guru yang memainkan peranan penting mendidik generasi masa hadapan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di SASICC yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok