Allahyarham Tun Daim begitu dihormati dan disanjungi ramai kerana kebijaksanaan mengurus ekonomi Malaysia serta melaksanakan pelarasan struktur dengan baik.
Allahyarham Tun Daim begitu dihormati dan disanjungi ramai kerana kebijaksanaan mengurus ekonomi Malaysia serta melaksanakan pelarasan struktur dengan baik.

Biodata ringkas Tun Daim. ‘Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru sementara di Kolej Sultan Abdul Hamid pada 1957’

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
13 Nov 2024 02:12pm

Kematian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 86, di Hospital Assunta, Kuala Lumpur pada Rabu meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati rakyat Malaysia.

Ini kerana, Tun Daim merupakan tokoh yang begitu dihormati dan disanjungi ramai dek kebijaksanaan mengurus ekonomi Malaysia serta melaksanakan pelarasan struktur dengan baik.

Mungkin ada sesetengah daripada kita tidak mengenali Allahyarham secara dekat antaranya di mana beliau dilahirkan, lokasi pengajian, bidang kerjaya sebelum ini dan lain-lain lagi.

Memetik perkongsian portal tempatan, Allahyarham Tun Daim dilahirkan pada 29 April 1938 di Derga, Alor Setar, Kedah.

Bongsu daripada 13 beradik merupakan anak kepada seorang kerani kerajaan (bapa) dan suri rumah (ibu).

Allahyarham memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah; Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar, Kedah; St Xavier Institution, Pulau Pinang; mendapat Ijazah Undang-undang (Lulus Peperiksaan Peguam) dari Lincoln's Inn (1959) dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dari University of California, Berkeley (1977 hingga 1979).

Kerjaya beliau bermula sebagai guru sementara di KSAH pada 1957.

Artikel Berkaitan:

Selepas itu, tokoh hebat ini terlibat dalam perkhidmatan guaman di tahun-tahun seterusnya.

Tun Daim, bongsu daripada 13 beradik merupakan anak kepada seorang kerani kerajaan (bapa) dan suri rumah (ibu).
Tun Daim, bongsu daripada 13 beradik merupakan anak kepada seorang kerani kerajaan (bapa) dan suri rumah (ibu).

Berikut Sinar Bestari sertakan secara ringkas profil Allahyarham Tun Daim.

Nama penuh: Tun Abdul Daim Zainuddin

Tarikh Lahir: 29 April 1938

Tempat Lahir: Derga, Alor Setar, Kedah

Latar belakang pendidikan:

1) KSAH pada 1949 hingga 1954

2) Institusi Saint Xavier, Pulau Pinang

3) Mendapat Ijazah Undang-undang (Lulus Peperiksaan Peguam) dari Lincoln's Inn (1959)

4) Memperoleh Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dari University of California, Berkeley (1977 hingga 1979)

Kerjaya:

1) Bermula sebagai guru sementara di KSAH (1957)

2) Terlibat dalam perkhidmatan guaman di Kota Bahru, Kelantan

3) Memasuki perkhidmatan guaman kerajaan dan berkhidmat sebagai Majistret di Johor

4) Bekerja sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Perak

5) Berkhidmat di firma guaman terkemuka Allen & Gledhill (1966)

6) Menubuhkan firma guamannya iaitu Daim, Gamani & Co

Sebelum beliau meninggal dunia, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia ketika itu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp