Cerita rakyat 5 pelajar KV Keningau menang Festival Dalam Talian Antarabangsa di Jerman
Cerita rakyat 5 pelajar KV Keningau menang Festival Dalam Talian Antarabangsa di Jerman

Cerita rakyat 5 pelajar KV Keningau menang Festival Dalam Talian Antarabangsa di Jerman

Roshlawaty Md Raieh
19 Jan 2023 06:00pm
A
A
A

PASUKAN pelajar dari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah sekali lagi mencipta sejarah apabila meraih tempat pertama kategori ‘Puppet Show’ pada Festival Dalam Talian Antarabangsa-Marathon Kesenian di Jerman, baru-baru ini.

Mereka meraih kejayaan tersebut menerusi cerita rakyat dari Papar, Sabah bertajuk ‘Mekau Serin & The Crocodile King’.

Menurut Guru Bahasa Inggeris, Dr Sirhajwan Idek, sekumpulan lima pelajar yang menghasilkan cerita rakyat itu terdiri daripada Siti Nur Hanisah Omar, Sonia Ivana Jack, Nydia Natasha Jefrin, Mohd Azirul Haiqal Mohd Azri dan Nur Zarith Masyitah SH Zaludih.

Mereka merupakan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di KV Keningau.

Ujar Cikgu Sirhajwan kepada Sinar Bestari, kemenangan pasukan berkenaan sememangnya di luar jangkauan.

“Persaingan begitu sengit dalam kalangan peserta pertandingan walaupun ia dianjurkan secara dalam talian.

“Jujurnya kami tidak menyangka para pelajar kolej ini mampu membawa pulang kejayaan.

"Bagaimanapun, mungkin ini rezeki yang sudah diatur oleh ALLAH SWT kepada mereka,” kata penerima Anugerah Ikon Belia Karismatik ini.

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai ‘Mekau Serin & The Crocodile King’, guru ini berkata, ia mengisahkan seorang lelaki dari Papar bernama Mekau Serin yang pakar merawat sebarang penyakit.

“Dia telah dijemput Raja Buaya Jadian untuk mengubati anaknya yang sakit.

“Kronologi kisah ini sangat menarik namun ia berakhir dengan persengketaan antara orang kampung yang diketuai Mekau Serin dan spesies buaya jadian tersebut yang berkekalan hingga kini,” jelas beliau.

‘Mekau Serin & The Crocodile King’ berkisar tentang seorang lelaki dari Papar, Mekau Serin yang pakar merawat sebarang penyakit.

Dalam pada itu, Pengarah KV Keningau yang baharu, Christine Stanislaus Kinsik @ Christina melahirkan rasa bangga dengan kreativiti yang ditunjukkan kelima-lima pelajar tersebut.

"Kreativiti dipamer sejajar dengan program (silibus) yang mereka pelajari.

"Saya berharap budaya seni dan kreativiti akan terus dikembangkan dan diterapkan dalam kalangan warga kolej,” ujar beliau

Bagi yang ingin menonton ‘Mekau Serin & The Crocodile King’, boleh melayarinya menerusi pautan https://youtu.be/3_kPlpzXQJU.

Artikel berkaitan 

Guru Bahasa Inggeris KV Keningau terima Anugerah Ikon Belia Karismatik

4 guru KV Keningau lakar kejayaan di Amerika Syarikat

Membanggakan! Pelajar Berkeperluan Khas KV Keningau terima Anugerah World Changer


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok