Tiga pelajar yang diterima masuk ke Universiti Harvard, dari kiri Shu Xin, Pua dan Shen Li.
Tiga pelajar yang diterima masuk ke Universiti Harvard, dari kiri Shu Xin, Pua dan Shen Li.

Cipta sejarah! Inilah 3 pelajar yang diterima masuk ke Universiti Harvard pada 2027

ROSHLAWATY MD RAIEH
05 Apr 2023 12:13pm
A
A
A

Harvard adalah universiti yang terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat dan merupakan salah satu universiti paling berprestij, terpilih dan paling kaya di dunia.

Universiti ini bukan sahaja menerima kemasukan pelajar dari Amerika Syarikat tetapi turut mengambil kelompok pelajar cemerlang dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Terbaharu, tiga pelajar kita telah mencipta sejarah apabila berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard pada 2027 nanti.

Pelajar-pelajar cemerlang itu adalah Ho Shu Xin yang berasal dari Ipoh, Perak; Pua E Rick dan Sydny Lum Shen Li masing-masing dari Kuala Lumpur.

Difahamkan, Shu Xin yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent, Ipoh, baru sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Manakala Pua pula adalah pelajar Sekolah Menengah Sri KDU, Petaling Jaya, Selangor, dan bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Biologi di universiti pilihan.

Pelajar ketiga iaitu Shen Li pula baru sahaja menamatkan persekolahan International General Certificate of Secondary Education (IGCS) di Cempaka International School (GIS).

Dia merupakan seorang sarjana GIS yang merancang melanjutkan pengajian dalam jurusan Ekonomi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, penemuduga alumni Harvard, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob berkata, Universiti Harvard mencari pelajar yang berpotensi dalam memberi manfaat kepada sumber di Harvard untuk mencipta perubahan positif bagi dunia.

“Mereka yang terpilih adalah pelajar yang telah mencapai sesuatu kejayaan dengan sumber yang ada pada masa ini di samping mempunyai minat mendalam kepada bidang atau aktiviti tertentu,” ujarnya.

Berikut enam fakta menarik mengenai Universiti Harvard

1) Universiti Harvard terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.

2) Ia dalam kedudukan ke-6 mengikut Times Higher Educations (THE) dan termasuk dalam Ivy League. Ivy League hanya dianggotai oleh lapan universiti di Amerika Syarikat yang mengutamakan tiga aspek iaitu kecemerlangan akademik, syarat kemasukan yang ketat dan status elit pemohon.

3) Terdapat sembilan fakulti yang telah ditubuhkan sejak abad ke-19 sehingga kini.

4) Fakulti tersebut terdiri daripada Fakulti Seni dan Sains Harvard; Sekolah Perubatan Harvard; Harvard Divinity School; Harvard Law school; Harvard Business School; Harvard Graduate School of Design; Harvard Graduate School of Education; Harvard School of Public Health dan Kennedy school of Government.

5) Pada 2018, Harvard menerima dana pendidikan terbesar di dunia iaitu berjumlah USD$38.3 bilion (RM167 bilion) dari kerajaan dan syarikat swasta untuk membiayai semua aktiviti akademik, kajian dan bantuan kewangan kepada pelajarnya.

6) Sistem perpustakaan Universiti Harvard mempunyai 17 juta buku dan rak buku sejauh 55 batu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok