1420143
1420143

Covid-19: 99 pelajar Maktab Mahmud disahkan positif

Adlan Farhan Azwan
19 Jan 2022 09:45am
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 99 pelajar asrama Maktab Mahmud, Tobiar, Pendang, telah disahkan positif Covid-19 yang melibatkan Kluster Dah Penyarom.

Menurut Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, kes positif itu mula dikesan selepas terdapat beberapa pelajar perempuan mengalami gejala batuk dan demam.

“Difahamkan pelajar terbabit bergejala ketika mengambil peperiksaan lalu melakukan ujian saringan Covid-19 dan disahkan positif.

“Susulan itu ujian saringan dilakukan kepada semua pelajar asrama berkenaan dan pelajar yang positif sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Dewan Wawasan, Jitra dengan menaiki bas pada Selasa.

Baca juga Pasca Covid-19: Pelajar cenderung sambung pengajian di universiti tempatan berbanding luar negara

Baca juga 139 positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, kini ditempatkan di PKRC, MAEPS

“Bagaimanapun, setakat ini majoriti pelajar disahkan positif Covid-19 adalah pelajar perempuan manakala hanya beberapa orang merupakan pelajar lelaki,” jelas beliau.

Beliau turut memberitahu bahawa kes positif membabitkan pelajar asrama dijangka bertambah selepas keputusan ujian saringan diketahui pada Rabu.

Buat masa sekarang, pelajar yang keputusan ujian saringannya negatif dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan pelajar yang belum memperoleh keputusan mereka dipakaikan gelang merah jambu dan dikuarantin di asrama.

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Dr Mohd Hayati, kluster itu dinamakan Dah Penyarom kerana lokasi Maktab Mahmud terletak di Kampung Penyarom.

“Sebagai langkah awal, bangunan asrama dan sekolah ini sudah disanitasi dan dibersihkan,” katanya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Beliau telah melakukan tinjauan bersama Pegawai Kesihatan Daerah di maktab tersebut untuk melihat keperluan dan langkah yang perlu dilakukan selepas ini.

Pada Selasa, Kedah mencatatkan peningkatan mendadak kes Covid-19 iaitu sebanyak 403 kes berbanding hanya 268 kes pada Isnin.

Dalam pada masa yang sama, Dr Mohd Hayati berkata, penduduk Kedah dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan virus Covid-19 sama ada dalam kalangan komuniti dan sekolah.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok