Pematuhan SOP itu bertujuan membendung penularan jangkitan Covid-19 apabila majoriti kluster yang dilaporkan daripada pendidikan.
Pematuhan SOP itu bertujuan membendung penularan jangkitan Covid-19 apabila majoriti kluster yang dilaporkan daripada pendidikan.

Covid-19: KPM patuhi SOP yang digariskan KKM

04 Dec 2023 06:06pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sebagaimana digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pematuhan SOP itu bertujuan membendung penularan jangkitan Covid-19 apabila majoriti kluster yang dilaporkan daripada pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM akan mengambil setiap arahan yang diberikan dan tindakan adalah berdasarkan kepada nasihat dikeluarkan KKM.

Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin.

Beliau turut beramah mesra dengan penghuni PPS dan menyampaikan sumbangan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) kepada warga pendidik yang terjejas dengan banjir.

Terdahulu, sebanyak 3,626 kes Covid-19 dicatatkan dalam tempoh seminggu bermula 19 hingga 25 November lalu, iaitu peningkatan 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang dilaporkan pada 12 November hingga 18 November 2023.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sejumlah 48 peratus daripada jumlah kes itu terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun, namun lebih 98 peratus bergejala ringan.

“Kes mingguan dikesan melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus.

Artikel Berkaitan:

“Terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dilaporkan dengan sejumlah 121 kes terlibat dalam kluster tersebut.

"Jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan adalah sebanyak 7,248 dan majoriti kluster yang dilaporkan adalah kluster pendidikan,” kata Muhammad Radzi dalam satu kenyataan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok