square-academic-cap-g7d1b964ac_640
square-academic-cap-g7d1b964ac_640

Denmark kekalkan tajaan pendidikan kepada pelajar Sarjana

Rasyidah Zulkifi
04 Feb 2022 07:59pm
A
A
A

Kerajaan menolak rayuan Dewan Perniagaan Denmark (DCC) mengenai pertukaran tajaan pendidikan kepada kepada pemberian pinjaman untuk pelajar Sarjana baru-baru ini.

Menurut Menteri Pendidikan dan Sains, Jesper Peterson, kerajaan akan mengekalkan pemberian geran tersebut tanpa membuat sebarang perubahan.

Baca juga Isteri sebak terima ijazah sarjana arwah suami

Baca juga Mahu sambung ijazah sarjana, ini 22 perkara yang perlu pelajar peka dan beri perhatian

"Saya berpendapat bahawa geran pendidikan Denmark kepada pelajar memberikan peluang kepada semua orang untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi tanpa mengira latar belakang sosial mereka.

"Ini adalah sesuatu yang akan kita hadapi meskipun parti Liberal, Venstre, sebelum ini mencadangkan untuk menukar sebahagian geran tersebut kepada pinjaman, namun itu bukan dasar kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, keputusan kerajaan tersebut disambut baik oleh Presiden Kesatuan Pelajar Kebangsaan di Denmark, Mike Gudbergsen.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat Peterson adalah contoh jelas daripada seorang menteri yang bertanggungjawab.

Dia yang mewakili 165,000 pelajar gembira dengan langkah kerajaan mengekalkan sistem geran pendidikan tersebut.

Terdahulu, DDC mencadangkan kertas kerja bertajuk ‘Sistem pendidikan tinggi berorientasikan masa depan untuk semua’.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Hujahnya, daripada menaja Sarjana pelajar, dana tersebut boleh digunakan untuk menangani masalah kanak-kanak kelas sosial rendah dan membetulkan diskriminasi jantina di peringkat pengajian tinggi.

Sumber: University World News

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok