Dianjurkan secara maya, program Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? capai matlamat
Dianjurkan secara maya, program Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? capai matlamat

Dianjurkan secara maya, program Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? capai matlamat

Azliyana Sulaiman
16 Apr 2021 07:21am
A
A
A

SERDANG - Dalam mendepani fasa baharu Covid-19 iaitu fasa penemuan dan penerimaan vaksin Covid-19, terdapat segelintir masyarakat yang masih berada dalam belenggu keraguan dan kesangsian terhadap vaksin tersebut.

Justeru, atas rasa tanggungjawab sebagai masyarakat Malaysia, pelajar Kursus Pembangunan Kesukarelawanan (Kumpulan 3) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program kesedaran secara maya bertujuan membantu menyebarkan kefahaman dan memupuk kesedaran berkaitan kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 tersebut.  

Program bertajuk Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? yang dirasmikan Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Prof Madya Dr Siti Suriawati Isa telah berlangsung menerusi platform Zoom dan Facebook, 10 April lalu dengan menjemput dua panel pakar dan hebat dalam bidang masing-masing untuk perkongsian ilmu bermanfaat.

Panel-panel tersebut adalah Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar dan Doktor Pakar Kesihatan Tropika/Parasitologi yang juga pensyarah UPM, Prof Madya Dr Malina Osman manakala moderatornya Ketua AJK Protokol Kursus Pembangunan Kesukarelawanan (Kumpulan 3), Nuraeisa Sofea Noor Azimi.

Dr Siti Suriawati dalam ucapannya berkata, program Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? merupakan inisiatif yang amat baik bagi meningkat kadar keterlibatan ahli masyarakat terutamanya mahasiswa IPT dalam membantu menyebarkan kefahaman dan memupuk kesedaran berkaitan kepentingan pengambilan vaksin Covid-19.

"Pemahaman dan keterlibatan yang tinggi ahli masyarakat di dalam bidang kesukarelawanan juga amat penting bagi memastikan agenda kerajaan dalam memulihkan pandemik dan isu kesihatan awam ini dapat mencapai objektif sasaran dan melandaikan kadar keberjangkitan," katanya.

Dr Malina Osman pula berkata, pengetahuan dan pemahaman yang tepat berkaitan vaksin, kesan sampingan dan keberkesanannya adalah penting agar dapat menangkis sebarang dakyah negatif yang dikeluarkan oleh golongan anti vaksin.

Manakala Dr Zainal Ariffin memberitahu, semangat dan dorongan kepada golongan mahasiswa IPT dan masyarakat agar dapat menawarkan diri sebagai ahli sukarelawan perlulah dipupuk bermula daripada sekarang.

Secara keseluruhannya, matlamat program Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? ini telah tercapai iaitu dengan menanamkan pemikiran yang positif terhadap inisiatif kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengambil langkah alternatif untuk menyelamatkan masyarakat, iaitu langkah pengambilan vaksin Covid-19 di samping meningkatkan lagi penglibatan pelajar IPT dalam program MyVac.

INFO

Kursus Pembangunan Kesukarelawan (Kumpulan 3)

Kursus Pembangunan Kesukarelawanan merupakan Kursus Kokurikulum Berkredit yang diwujudkan khas untuk mencapai matlamat pembentukan sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan. Matlamat ini seiring dengan misi UPM iaitu melahirkan graduan yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum.

Artikel menarik

Dua pelajar Malaysia terpilih ke Harvard College, bukti keberkesanan sistem pendidikan kebangsaan

Agong bangga dua pelajar Malaysia dipilih ke Harvard College

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok