Dr Radzi umum tarikh pelaksanaan kadar baharu RMT

Roshlawaty Md Raieh
03 Nov 2022 03:53pm
A
A
A

Pelaksanaan kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan dilaksanakan mulai 6 November (Ahad) ini, demikian kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Menurut beliau, kadar RMT bagi seorang murid akan dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak serta Labuan pula daripada RM3 kepada RM4.

“Pelaksanaan kadar baharu ini memanfaatkan seramai 791,477 penerima RMT di seluruh negara.

“Ini merupakan antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid yang memerlukan adalah terjaga.

“Pelaksanaan kadar baharu ini juga pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT,” katanya dengan menambah KPM komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

Mengenai pelaksanaan kadar baharu RMT itu, Sinar Bestari memetik beberapa pandangan orang ramai mengenainya menerusi laman Facebook Dr Radzi Jidin.

Antara pendapat yang diberikan adalah

Nurul Huda: Alhamdulillah, teruskan membantu anak-anak dan mereka yang memerlukan. Dengan adanya usaha ini, bebanan keluarga dapat diringankan.

Syed Ali: Alhamdulillah, rezeki pada yang memerlukan. Terima kasih semua yang terlibat.

Mohd Hanif Bin Yusof: Mohon dapat dipanjangkan program RMT ke sekolah menengah. Ramai pelajar miskin yang tidak mampu makan sewaktu rehat.

Geng Abah Din: Alhamdulillah. Padu Datuk! Terus berjuang, ALLAH ada. Ikhlaskan niat.

Izwann Fauzan: Teruskan membantu golongan-golongan yang memerlukan. Terbaik Dr Radzi dan KPM.

Mieraa Miaa: Dengan bantuan ini, dapatlah meringankan bebanan keluarga. Tahniah!

Mohd Helmi Basir: Terbaik!

Dalam pembentangan Bajet 2023 bulan lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan kadar RMT itu membabitkan peruntukan RM777 juta, iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada 2020, atas peluasan penerima, kenaikan kadar dan penyediaan bekalan susu setiap hari.

RMT dilaksanakan sejak 1979 bagi memastikan murid daripada keluarga susah, memperoleh khasiat makanan yang diperlukan.

Artikel berkaitan 

Bajet 2023: KPM terima peruntukan terbesar berjumlah RM55.6 bilion

KPM perkasa pelantar DELIMa 2.0, gabung 3 aspek penting untuk pembelajaran menyeronokkan

‘Hentikan buli’ - Ini pesanan penting KPM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok