Dua guru wanita maut, dua cedera, kereta terjunam gaung
Dua guru wanita maut, dua cedera, kereta terjunam gaung

Dua guru wanita maut, dua cedera, kereta terjunam gaung

Azliyana Sulaiman
31 Dec 2020 01:25am
A
A
A

Dua guru wanita maut manakala dua lagi guru cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke tebing sungai, berhampiran Jambatan Merotai di Kilometer 32 Jalan Tawau-Merotai di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian 6 pagi itu, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Dayana Damsah, 27, dan Nurizyani Kafli, 24, manakala Nurzairah Aladin, 35, mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan pemandu kereta berusia 38 tahun hanya cedera ringan.

Peter berkata kesemua mangsa kemalangan merupakan guru di sekolah Kebangsaan (SK) Umas-Umas di sini.

Katanya siasatan mendapati punca kemalangan ekoran kecuaian pemandu yang gagal mengawal kereta jenis Myvi sehingga terbabas ke kanan jalan, lalu melanggar tiang besi jambatan.

"Kereta itu kemudian jatuh ke tebing sungai sedalam enam meter," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan ke SK Umas-Umas dari bandar. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok