Screenshot (60)
Screenshot (60)

ePrasekolah: Permohonan kemasukan bermula hari ini

Adlan Farhan Azwan
01 Mar 2022 01:22pm
A
A
A

Permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi sesi 2023/2024 boleh dibuat bermula 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/atau mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.

Ibu bapa atau penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian atau manual perlu menghantar borang permohonan tersebut ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan.

Sinar Bestari kongsikan juga cara-cara mendaftar prasekolah di bawah ini sebagai panduan kepada ibu bapa di luar sana.

Baca juga

Banjir di Terengganu dan Kelantan: KPM buka bilik gerakan banjir

Pendaftaran murid Tahun 1 Online Sesi 2023/2024 sekolah rendah negeri Selangor dibuka mulai 1 Mac

Cara daftar Prasekolah KPM 2022

  1. Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
  2. Hanya ibu, bapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
  3. Berikut adalah langkah membuat pendaftaran ePrasekolah KPM:
  4. Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/
  5. Melakukan pendaftaran pengguna
  6. Log masuk
  7. Klik pada Borang Permohonan Prasekolah
  8. Lengkapkan Maklumat yang diperlukan
  9. Pilih sekolah yang dipohon
  10. Pengesahan permohonan oleh ibu bapa atau penjaga
  11. Hantar permohonan dalam talian selewat-lewatnya 30 April 2022
  12. Cetak borang permohonan
  13. Hantar cetakan borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2022
  14. Semak keputusan secara dalam talian

Semakan Keputusan Permohonan

Setelah berjaya daftar prasekolah 2023, sila buat semakan melalui cara berikut:

Secara Dalam Talian – Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).

Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon – Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;

  • Menunggu pengesahan → Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah atau dokumen permohonan sedang disemak.
  • Tidak lengkap → Permohonan atau dokumen tidak lengkap sila rujuk e-mel dan kemas kini maklumat yang berkenaan atau hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
  • Disahkan → Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
  • Berjaya → Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
  • Tidak berjaya → Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Rayuan permohonan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD atau PPW.

Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2022 (tertakluk kepada pindaan).

Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa atau penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ atau kemukakan pertanyaan anda melalui e-mel kepada JPN.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok