Fasih kuasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, program Bright Lingo dapat pujian ramai!
Fasih kuasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, program Bright Lingo dapat pujian ramai!

Fasih kuasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, program Bright Lingo dapat pujian ramai!

webadmin
26 Feb 2021 04:34am
A
A
A

Murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ampar Tenang kini semakin fasih menguasai bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.  

Malah ada antara mereka sudah mampu untuk berlakon, menyanyi, membina pantun dan bertutur dalam kedua-dua bahasa itu.

Kejayaan murid sekolah tersebut adalah disebabkan penyertaan mereka dalam program ‘Bright Lingo’.

Program anjuran Pusat Tuisyen Bright Minds Academy dengan kerjasama Sime Darby (Serenia City) Sdn. Bhd itu adalah sebuah program tuisyen korporat yang membantu murid-murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan mudah.    

Pengasas Pusat Tuisyen Bright Minds Academy, Maizura Moeen atau Cikgu Wawa berkata, terdapat pelbagai faktor yang membuatkan murid sekolah berkenaan sukar bertutur dalam bahasa lain.

“Mereka sebenarnya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, cuma secara asas sahaja.

“Mungkin disebabkan faktor persekitaran yang memerlukan anak-anak ini bertutur dalam bahasa ibunda mereka dan bukan bahasa lain,” ujar beliau.

Cikgu Wawa berkata, di sekolah, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sangat diperlukan kerana ada subjek-subjek tertentu yang menggunakan kedua bahasa tersebut.

“Tetapi, selepas mereka menyertai Bright Lingo ini, memang jelas yang murid SJKT Ladang Ampar Tenang sebenarnya dapat bertutur dan menguasainya dengan baik,” ujarnya.  

Dalam pada itu, Ketua Projek Bright Lingo, Cikgu Haley turut berkongsi pandangannya berkenaan perkara ini.

“Seronok saya lihat mereka mampu menguasai tatabahasa dan bijak membina ayat.

“Malah, murid-murid ini juga semakin berani untuk bercakap di hadapan rakan-rakan dan guru-guru mereka. Tahniah buat semua,” katanya.

Dalam pada itu, Cikgu Wawa berkata, medium pembelajaran online yang masih berbaki ini, tidak sepatutnya dihadkan oleh guru-guru dengan berkongsi worksheet, slide, link Youtube dan kuiz online semata-mata.

“Guru-guru boleh menjadi pembuka jalan untuk membongkar potensi diri murid sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ini agar dapat melahirkan murid-murid yang berani dan kreatif walaupun pembelajaran tidak dilakukan secara bersemuka,” ujarnya.

Artikel menarik

SMK Sungai Noi, Kuantan ‘diziarahi’ tapir ketika peperiksaan SPM sedang berlangsung

Alumni UTeM ketua jurutera bangunkan kereta perisai mobiliti tinggi 4x4 bertaraf dunia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok