Muka depan Sinar Harian pada Jumaat.
Muka depan Sinar Harian pada Jumaat.

Gamis setuju universiti terima dahulu pelajar miskin, daif tetapi ada syaratnya

NOR SYAZRINA MUHAMAD TAHIRNOR SYAZRINA MUHAMAD TAHIR
20 Sep 2024 10:30am

Langkah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan semua universiti menerima kemasukan pelajar miskin dan daif, serta menangguhkan bayaran yuran pendaftaran disambut baik Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Bagaimanapun, Presiden Gamis, Imran Sulaiman berkata, pelaksanaannya perlu diteliti supaya tidak berlaku diskriminasi.

“Di bawah KPT ada banyak lepasan sekolah, berasrama, yang bukan asrama, tahfiz dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka mahu menyesuaikan langkah itu supaya tidak berlaku ketidakadilan terutamanya di sekolah bandar, sekolah dalam kampung, sekolah pedalaman dan lain-lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

IMRAN
IMRAN



Namun Imran bersetuju bahawa keputusan itu memberi kelegaan kepada pelajar daripada keluarga tidak berkemampuan yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“Kami sebagai mahasiswa sangat menyokong tindakan KPT ini kerana pelajar adalah pelapis kepada negara di masa hadapan.

“Apa yang diputuskan kementerian itu sangat baik, seperti meraikan lebih ramai anak muda untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Kementerian itu sangat baik, seperti meraikan lebih ramai anak muda untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Imran berkata lagi, walaupun langkah berkenaan tidak dapat mengurangkan populasi pelajar miskin, namun ia boleh meningkatkan jumlah pelajar bijak pandai.

Artikel Berkaitan:


“Siapa tahu, 10 ke 20 tahun lagi, pelajar miskin ini akan menjadi seseorang yang berjaya,” ujar beliau.

Untuk makluman, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, semua pentadbir universiti awam perlu menerima masuk pelajar kurang berkemampuan yang mendapat tawaran termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran.

Beliau juga meminta agar pihak universiti menguruskan bantuan awal pengajian menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa yang kurang berkemampuan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp