Anak muda pintar ini mencuri perhatian ramai apabila kebolehannya dalam subjek Matematik melangkaui usia dan tahap pembelajaran biasa, sekali gus menjadikan beliau inspirasi kepada pelajar dan ibu bapa di seluruh negara. Foto: Koleksi Peribadi Adi Putra
Anak muda pintar ini mencuri perhatian ramai apabila kebolehannya dalam subjek Matematik melangkaui usia dan tahap pembelajaran biasa, sekali gus menjadikan beliau inspirasi kepada pelajar dan ibu bapa di seluruh negara. Foto: Koleksi Peribadi Adi Putra

Genius Matematik Malaysia terima tawaran Oxford & Harvard! Luar biasa pencapaian Adi Putra

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Feb 2026 01:26pm

Nama Adi Putra Abdul Ghani bukan sekadar dikenali, malah sering disebut sebagai simbol kecerdasan luar biasa dalam dunia pendidikan Malaysia.

Anak muda pintar ini mencuri perhatian ramai apabila kebolehannya dalam subjek Matematik melangkaui usia dan tahap pembelajaran biasa, sekali gus menjadikan beliau inspirasi kepada pelajar dan ibu bapa di seluruh negara.

Keupayaan Adi Putra menyelesaikan pelbagai masalah Matematik termasuk algebra, indeks dan trigonometri dengan pantas dan tepat membuatkan ramai kagum.

Kepintarannya bukan sahaja diakui dalam negara, malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa sehingga beliau pernah menerima dua tawaran daripada universiti terkemuka dunia.

Baru-baru ini, Adi Putra dijemput berkongsi ilmu dalam satu program bersama murid-murid dengan fokus mengasah kemahiran berfikir terhadap subjek Matematik.

Foto: Threads tzafrul_aziz
Foto: Threads tzafrul_aziz

Menerusi perkongsian tzafrul_aziz di platform Threads, Adi Putra kini aktif membimbing pelajar-pelajar muda melalui program pendidikan berteraskan pemikiran kritis.

"Program Anak Soleh Bijak Matematik bersama Adi Putra ini menghimpunkan anak-anak sekolah rendah di Ampang untuk mengasah kemahiran berfikir dan keyakinan dalam Matematik.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin selepas ini kita buat seminar untuk bapa-bapa pula, sebab ramai tak dapat jawab soalan yang Adi Putra beri pada anak-anak," tulisnya.

No Image Caption

Tentu ramai tertanya-tanya, siapakah Adi Putra dan bagaimana beliau digelar sebagai Genius Matematik Malaysia.

Adi Putra merupakan anak kepada pasangan Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias.

Bakat luar biasanya mula dikesan seawal usia empat tahun apabila beliau berjaya menyelesaikan masalah Matematik yang diberikan kepada abang sulungnya, Amirul Izuan.

Menurut ibunya, anak bongsu daripada tiga beradik itu mampu membuat kiraan congak dalam masa kurang daripada satu saat, sesuatu yang jarang dimiliki oleh kanak-kanak seusianya.

Malah, Adi Putra turut mampu menyelesaikan soalan Matematik peringkat sekolah menengah serta mengenal dan memahami angka sehingga trilion (15 digit) dengan mudah.

No Image Caption

Dilahirkan di Bagan Serai, Perak, kebijaksanaan Adi Putra bukan hanya terbatas kepada Matematik.

Pada usia enam tahun, beliau menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dari University of Oxford dan Harvard University.

Namun, tawaran tersebut terpaksa ditolak kerana faktor usia yang masih terlalu muda.

Semoga perjalanan hidup Adi Putra terus diberkati dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar Malaysia bahawa ilmu, adab dan usaha berterusan mampu membuka pintu kejayaan luar biasa.

Ringkasan AI

  • Nama Adi Putra Abdul Ghani dikenali sebagai simbol kecerdasan luar biasa dalam dunia pendidikan Malaysia
  • Adi Putra memiliki kebolehan luar biasa dalam Matematik yang melangkaui usia dan tahap pembelajaran biasanya
  • Kepintarannya dalam menyelesaikan masalah Matematik mendapat pengiktirafan antarabangsa dan pernah menerima dua tawaran dari universiti terkemuka dunia
  • Adi Putra kini aktif membimbing pelajar-pelajar muda melalui program pendidikan yang berteraskan pemikiran kritis
  • Bakat luar biasanya dalam Matematik dikesan seawal usia empat tahun dan beliau mampu membuat kiraan congak dalam masa kurang daripada satu saat
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp