Inisiatif pemberian baucar buku tersebut selaras dengan komitmen KPM untuk memperkukuh budaya membaca di semua peringkat, selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga pendidik.
Inisiatif pemberian baucar buku tersebut selaras dengan komitmen KPM untuk memperkukuh budaya membaca di semua peringkat, selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga pendidik.

KPM sambut baik pengumuman Perdana Menteri, baucar buku untuk guru bakal dilaksana segera

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
01 Jun 2025 03:52pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik pengumuman pemberian baucar buku kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah kementerian itu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman tersebut dibuat semasa Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, KPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau terhadap golongan pendidik dan usaha berterusan membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Menurut kenyataan itu lagi, inisiatif pemberian baucar buku tersebut selaras dengan komitmen KPM untuk memperkukuh budaya membaca di semua peringkat, selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga pendidik.

"Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 430,000 orang PPP di seluruh negara," ujar kenyataan berkenaan.

Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa pihaknya akan segera memperincikan pelaksanaan inisiatif ini dan memastikan ia dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp