Calon yang ingin mengisi permohonan GreP 2023, boleh layari laman sesawang https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login
Calon yang ingin mengisi permohonan GreP 2023, boleh layari laman sesawang https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login

GrEP MARA 2023: Permohonan dibuka hingga 6 Jun ini

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
01 Jun 2023 11:37am

Permohonan Program Graduan Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau Graduate Excellence Programme (GreP) 2023 di bawah MARA kini dibuka kepada pelajar pasca siswazah di institut pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah di peringkat pasca siswazah sama ada Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) telah dibuka hingga 6 Jun ini menerusi laman sesawang https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login

Bagi calon yang berminat untuk memohon, anda dikehendaki memahami terlebih dahulu beberapa syarat umum bagi permohonan berkenaan.

Justeru, dalam usaha membantu para pelajar, Sinar Bestari senaraikan lapan syarat umum GreP 2023.

1) Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.

2) Had umur pemohon pada 31 Disember 2023 adalah di peringkat pengajian berikut:

a) Sarjana

Dalam negara: Tidak melebihi 40 tahun

Artikel Berkaitan:

Luar negara: Tidak melebihi 35 tahun

b) PhD

Dalam negara: Tidak melebihi 45 tahun

Luar negara: Tidak melebihi 40 tahun

3) Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.

4) Calon perlulah mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa mereka adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.

5) Pemohon, ibu, bapa, penjaga atau pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam MARA atau dalam tindakan undang-undang MARA.

6) Para calon tidak mendapat bantuan kewangan atau tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.

7) Pemohon mendapat pelepasan, penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.

8) Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institut pengajian atas masalah akademik dan disiplin.

Sekiranya calon berjaya memenuhi syarat umum yang dinyatakan, mereka turut disarankan untuk mengetahui enam langkah mengisi permohonan GreP 2023.

Enam tatacara yang perlu diberi tumpuan adalah;

1) Layari laman sesawang permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login

2) Klik butang ‘Daftar Sekarang.’

3) Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’

4) Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

5) Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.

6) Klik butang hantar permohonan.

Akhir sekali, kepada calon yang mengisi GreP 2023, didoakan permohonan anda akan diterima oleh MARA.

Semoga berjaya!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp