Inilah wajah lima rakyat Malaysia yang dilantik Felo ISC 2023, dari kiri (atas), Lai Meng; Khatijah dan Asma Ismail. Gambar bawah, dari kiri Awg Bulgiba dan Ramesh.
Inilah wajah lima rakyat Malaysia yang dilantik Felo ISC 2023, dari kiri (atas), Lai Meng; Khatijah dan Asma Ismail. Gambar bawah, dari kiri Awg Bulgiba dan Ramesh.

Lima rakyat Malaysia dilantik Felo Majlis Sains Antarabangsa 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
26 Jan 2024 04:30pm
A
A
A

Lima rakyat Malaysia menerima penghormatan tertinggi apabila dilantik sebagai Felo Majlis Sains Antarabangsa (ISC) 2023.

Mereka ialah Profesor Datuk Dr Looi Lai Meng; Profesor Datin Paduka Dr Khatijah Yusoff, Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail; Datuk Dr Awg Bulgiba Awg Mahmud dan Profesor Dr Ramesh T Subramaniam.

Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen berkata, penganugerahan kepada kelima-lima tokoh itu secara tidak langsung telah mengiktiraf sumbangan dan keupayaan serta mengukuhkan lagi kedudukan ASM di pentas global.

“Salah satu misi ASM adalah untuk menjadi peneraju pemikir dalam sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Pengiktirafan oleh ISC menjadi inspirasi (ASM) untuk berusaha mencapai kejayaan lebih besar dalam mengejar kecemerlangan saintifik,” katanya.

Untuk rekod, kelima-lima individu itu merupakan antara 100 Felo ISC baharu di seluruh dunia.

Mereka merupakan saintis dan badan pemikir daripada bidang sains polisi dan penyelidikan serta menyumbang secara signifikan untuk melanjutkan pemahaman, penggunaan dan penglibatan sains demi kebaikan awam global.

Dua daripada lima individu berkenaan adalah Felo Kanan (dengan gelaran Academician) dan tiga lagi Felo ASM.

Artikel Berkaitan:

ASM ialah Badan Pemikir negara berkaitan STIE.

Penyertaan dan sumbangan pakar ASM dalam arena sains dan teknologi global meletakkan mereka dalam pelbagai platform strategik untuk meningkatkan keterlihatan Malaysia.

Pada masa yang sama, pakar boleh meningkatkan pengalaman dan kepakaran mereka melalui rangkaian yang lebih luas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok