Fadhlina (duduk tengah) bercakap kepada pemberita selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan pada Jumaat. 

Foto: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Fadhlina (duduk tengah) bercakap kepada pemberita selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan pada Jumaat. Foto: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Guru jadikan anak murid sebagai kandungan media sosial berdepan tindakan - KPM

AZLEENDA SAHALUDIN
11 Sep 2023 01:57pm
A
A
A

Guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan pelajar di dalam media sosial.

"Sekiranya garis panduan itu tidak dipatuhi dan ada aduan, tindakan boleh diambil," katanya selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, ibu bapa resah dan menyelar tindakan segelintir guru menggunakan anak murid sebagai kandungan untuk dimuat naik ke akaun laman sosial mereka demi mengejar populariti dan mendapat habuan peribadi.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) juga dilapor menerima sekurang-kurangnya satu aduan sehari daripada ibu bapa mengenai anak mereka yang dijadikan kandungan peribadi media sosial guru.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok