Azman Adnan ketika sesi sidang media pada pada majlis Amanat KPPM Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025 yang diadakan pada Isnin.
Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Azman Adnan ketika sesi sidang media pada pada majlis Amanat KPPM Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025 yang diadakan pada Isnin. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Guru perlu kompeten guna teknologi digital - KPM

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
04 Mar 2024 03:26pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan kesemua guru seluruh negara lebih kompeten dalam menggunakan teknologi digital.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan berkata, ia selaras matlamat utama dalam melahirkan lebih ramai murid fasih digital yang mahir menggunakan teknologi itu dalam mempertingkatkan disiplin ilmu yang telah dipelajari dalam bilik darjah.

“Matlamat kita adalah untuk melahirkan anak-anak fasih digital menerusi Dasar Pendidikan Digital (DPD) agar mereka berupaya untuk meneroka, melaksanakan, menggunakan teknologi digital untuk mempertingkatkan disiplin ilmu yang dipelajari dalam bilik darjah.

“Kerana itu, kita akan memastikan para guru kita mesti kompeten dalam menggunakan teknologi digital dan memanfaatkan semua pendekatan digital yang ada bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran (PdP),” katanya ketika ditemui pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025 pada Isnin.

Dalam pada itu, menerusi amanat yang disampaikan, beliau turut menjelaskan DPD yang merangkumi enam teras utama iaitu, Murid Fasih Digital, Pendidik Kompeten Digital, Budaya Kepimpinan Digital Berwawasan, Pengupayaan Infrastruktur dan Infostruktur, Kandungan Digital Berkualiti dan Rakan Strategik yang Komited.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp