Fadhlina (kiri) menyantuni kanak-kanak Tabika Kemas pada program Hari Apresiasi Tabika Kemas peringkat Daerah Barat Daya dan Timur Laut Pulau Pinang di Dewan Seri Mutiara, Raia Inn, Bayan Lepas pada Ahad.
Fadhlina (kiri) menyantuni kanak-kanak Tabika Kemas pada program Hari Apresiasi Tabika Kemas peringkat Daerah Barat Daya dan Timur Laut Pulau Pinang di Dewan Seri Mutiara, Raia Inn, Bayan Lepas pada Ahad.

KPM, Kementerian Komunikasi bincang isu TikTok kanak-kanak

04 Feb 2024 02:56pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Komunikasi berhubung isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya perlu mendapatkan maklumat penuh mengenai perkara itu sebelum mengeluarkan sebarang garis panduan mengenai isu tersebut.

''Itu nanti kita minta pandangan dan penyelarasan daripada Menteri Komunikasi (Fahmi Fadzil) sebab saya perlu dapat maklumat penuh dan pedoman daripada beliau supaya kita boleh tengok apa kesan serta impaknya kepada anak-anak kita.

''Saya pasti ada garis panduan yang perlu dipatuhi, maknanya kawalan itu berlaku khususnya daripada ibu bapa," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Fadhlina ditemui selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kemas Daerah Barat Daya dan Timur Laut di Dewan Sri Mutiara Raia Inn, di Bayan Lepas, Pulau Pinang, melibatkan lebih 800 kanak-kanak.

Pada majlis itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, turut menyampaikan sijil anugerah cemerlang kepada 107 kanak-kanak.

Sebelum ini Fahmi dilaporkan berkata isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu yang dipertimbangkan untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial itu.

Fahmi berkata, terdapat sedikit kerisauan berhubung pemilikan akaun TikTok oleh kumpulan di bawah umur itu, selain garis panduan komuniti media sosial tersebut menyatakan bahawa individu bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk membuka akaun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok