annie-spratt-YIIZ4oLewg4-unsplash
annie-spratt-YIIZ4oLewg4-unsplash

Hanya kit air liur sahaja yang dibenarkan - KPM

Adlan Farhan Azwan
08 Dec 2021 02:10pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai isu yang tular di media sosial di mana gambar menunjukkan guru menjalankan ujian amali calitan hidung (nasal swab) di sekolah.

Menurutnya, selaras dengan Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan, KPM pada 28 November lalu telah mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 bagi murid sekolah rendah yang dibuat secara penggiliran bagi sekurang-kurangnya 10 peratus murid.

Berdasarkan surat siaran tersebut, pelaksanaan ujian kendiri ini hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM. Pelaksanaan ujian kendiri ini dibuat oleh murid dengan pemantauan guru.

BACA JUGA: Peningkatan kes Covid-19, sesi persekolahan bersemuka tetap diteruskan sehingga tamat penggal

BACA JUGA: Penularan kes COVID-19 di sekolah terkawal – Mohd Radzi

Dalam kenyataan itu, KPM telah membuat siasatan ke atas gambar yang tular di media sosial dan mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan Covid-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di negeri Pahang.

“Secara keseluruhan, seramai 16 murid dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan kit ujian air liur. Walau bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksanakan melibatkan empat guru dan empat murid yang dibimbing oleh dua Jururawat Masyarakat.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“KPM ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saringan ujian Covid-19 di semua sekolah di bawah KPM perlu menggunakan kit air liur sahaja,” katanya.

Selain itu, KPM turut memberi peringatan tentang larangan penggunaan kit ujian secara calitan hidung kerana tidak selaras dengan arahan KPM melalui surat bertarikh 28 November lalu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok