Anwar Ibrahim
Kredit foto: BERNAMA
Anwar Ibrahim Kredit foto: BERNAMA

Hanya sukarelawan, bukan lantik guru BI dari Singapura - PM

14 Jun 2024 04:08pm
A
A
A

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan cadangan membawa guru Bahasa Inggeris dari Singapura hanyalah sebagai sukarelawan ke kawasan pedalaman bagi meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan.

Kata Anwar, cadangan itu diibaratkan sebagai skim bantuan daripada segi diplomasi antara negara dan ia bukan bermaksud Malaysia mahu melantik guru Bahasa Inggeris daripada negara jiran tersebut.

"Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar tiga minit kemudian terus lontar di media sosial dan faktanya salah. Apa yang salah? Salahnya ialah kononnya kita sekarang akan melantik guru bahasa Inggeris dari Singapura...itu salah.

"Yang saya bicarakan dengan Perdana Menteri Singapura (Lawrence Wong) ialah mengadakan skim bantuan atau melantik seorang sukarelawan yang dibayar oleh pemerintah Singapura untuk pergi ke kawasan terutama miskin bandar, desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk mengajar bahasa Inggeris," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam.

Pada Rabu lalu, Anwar dan Lawrence telah bertemu bagi membincangkan cara memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok