Langkah proaktif dalam menangani isu kepadatan sekolah akan membuka ruang kepada generasi muda untuk belajar dalam persekitaran yang lebih selesa. - Gambar hiasan
Langkah proaktif dalam menangani isu kepadatan sekolah akan membuka ruang kepada generasi muda untuk belajar dalam persekitaran yang lebih selesa. - Gambar hiasan

Isu SK Cyberjaya selesai! Selepas ini, giliran sekolah mana?

02 Sep 2024 04:17pm

Penyerahan 12 bilik darjah kabin pasang siap kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya, Selangor dilihat solusi terbaik dalam menangani isu sekolah padat di sekolah tersebut.

Penyelesaian itu memberi impak positif di mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran dengan baik tanpa merasa terbeban.

Selain SK Cyberjaya, terdapat beberapa sekolah rendah di Sepang telah disenaraikan sebagai sekolah yang cukup padat dengan murid Tahun Satu.

Ia dibuktikan menerusi artikel Sinar Bestari Mac lalu, yang memetik perkongsian Sepang Viral di akaun Facebook.

Tulis mereka, sekolah padat di Sepang terdiri dari SK Kota Warisan (sembilan kelas), SK Dengkil (lapan kelas) dan SK Lanjut (lima kelas).

“Bagi setiap kelas, jumlah murid Tahun Satu yang mengikuti pembelajaran sekitar 40 hingga 47 orang.

“Bukan sahaja sekolah rendah yang menghadapi isu ini tetapi beberapa buah sekolah menengah di Sepang juga mempunyai masalah sama iaitu kepadatan pelajar mencecah 55 ke 57 pelajar satu kelas,” katanya.

Akhir sekali, semoga ada sinar harapan kepada sekolah-sekolah yang masih berdepan dengan masalah sekolah padat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp