JPN Johor laksana e-pembelajaran
JPN Johor laksana e-pembelajaran

JPN Johor laksana e-pembelajaran

webadmin
31 Dec 2020 02:59am
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengambil beberapa inisiatif, antaranya menampilkan e-pembelajaran, bagi memastikan seluruh murid di negeri ini meneruskan pembelajaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata e-pembelajaran itu melibatkan pelbagai platform termasuk Google Classroom dan medium laman sosial lain seperti aplikasi WhatsApp, Telegram, YouTube, Zoom dan sebagainya.

"Inisiatif lain adalah pembelajaran secara offline termasuk penggunaan buku teks, nota guru, buku rujukan dan lembaran kerja yang dibekalkan oleh guru-guru; pembelajaran menggunakan medium penyiaran iaitu radio Johor FM.

"Ia berlangsung setiap hari mulai pukul 12.30 tengah hari dengan kerjasama RTM Johor serta pembelajaran melalui TV Pendidikan yang dikendalikan Kementerian Pendidikan," katanya dalam hebahan awam harian berhubung COVID-19 yang disiar secara langsung menerusi laman Facebook Makmur Johor, semalam.

Vidyananthan berkata PKP yang dilaksanakan mulai 18 Mac lepas dan dilanjutkan sehingga 14 April, menyebabkan 1,187 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Johor ditutup, melibatkan keseluruhan 580,000 orang murid, 59,000 guru serta staf sokongan.

Beliau berkata ia turut meliputi penutupan 71 sekolah swasta dan 1,473 tadika swasta, yang melibatkan 90,000 orang murid, guru serta staf.

Sementara itu, Vidyananthan berkata atas sikap prihatin Kerajaan Negeri Johor dalam menangani COVID-19, sebuah pusat pengumpulan sementara bagi golongan gelandangan telah diaktifkan di Kem Wawasan Bina Negara Gunung Pulai dekat Kulai yang dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, beliau berkata sejumlah 15 stesen kuarantin telah diaktifkan di Johor bagi penempatan pesakit COVID-19 yang memerlukan pengawasan pasukan kesihatan.

Mengenai pematuhan PKP di Johor, Vidyananthan berkata purata peratusan di seluruh negeri ini semalam (4 April) meningkat kepada 97.19 peratus berbanding 96.69 peratus pada hari sebelumnya dan ia merupakan perkara baik yang perlu diteruskan semua pihak.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya terus mematuhi PKP bagi memastikan negara berjaya memutuskan rantaian penularan COVID-19. - Bernama

ARTIKEL MENARIK:

'Hanya air mata mengalir...' - Cikgu Hailmi kongsi liku hidup hingga terpilih 50 Utama Guru Global

'Murid prasekolah pun faham' - Hanya bimbing di grup WhatsApp, cikgu ini hasilkan video COVID 19

'Sambutan kelas melalui portal online tak hangat' - Guru ini beri semangat buat semua cikgu

Cikgu Shahril kongsi soalan Matematik secara online sepanjang PKP ada enam edisi semuanya

Guru Cemerlang Matematik, Cikgu Shahril kongsi platform pembelajaran UPSR sepanjang PKP

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok