
JPN Kedah baik pulih SK Baling segera
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan melaksanakan kerja baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Baling yang terlibat kebakaran dengan segera.
JPN Kedah dalam kenyataan memaklumkan tindakan segera telah diambil untuk menyiasat punca kejadian dan melakukan penilaian kerosakan infrastruktur yang terjejas.
"Kebakaran menjejaskan pejabat pentadbiran, bilik darjah dan tandas namun tiada kecederaan dilaporkan.
"Sebagai langkah jangka pendek, SK Baling akan melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR)," menurut kenyataan itu.
JPN Kedah memberi jaminan keselamatan murid dan warga sekolah terus menjadi keutamaan jabatan.
Sebelum ini, bomba mengesahkan menerima laporan kebakaran melibatkan empat bilik darjah dan satu ruang pejabat SK Baling pada 10.46 pagi, namun kejadian tidak melibatkan kecederaan. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Pendidikan Negeri Kedah akan memperbaiki SK Baling yang terbakar
- Tindakan segera diambil untuk siasat punca dan nilai kerosakan
- Kebakaran merosakkan pejabat pentadbiran, bilik darjah dan tandas tanpa kecederaan
- SK Baling akan melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) sebagai langkah jangka pendek
- Keselamatan murid dan warga sekolah menjadi keutamaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah