Antara tangkap layar menerusi video sewaktu kekecohan dalam kejohanan bola sepak MSSD Kubang Pasu baru-baru ini. (Foto: Ihsan Sinar Harian)
Antara tangkap layar menerusi video sewaktu kekecohan dalam kejohanan bola sepak MSSD Kubang Pasu baru-baru ini. (Foto: Ihsan Sinar Harian)

Kejohanan MSSD kecoh babitkan pelajar, pengadil

23 May 2024 01:40pm

Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu, Kedah, bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada kejohanan itu.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, berlaku pergaduhan antara pemain dua pasukan yang bertanding sebelum seorang pelajar menolak pengadil itu secara tiba-tiba.

Keadaan bertambah tegang apabila pengadil berkenaan dilihat cuba mengejar pelajar itu sebelum beberapa pemain daripada pasukan sama cuba menolak, menyepak dan menumbuk pengadil terbabit.

Bagaimanapun, beberapa individu yang berada di lokasi kejadian berjaya meredakan keadaan dan menenangkan pengadil itu.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna laman media sosial mengecam tindakan pelajar itu yang disifatkan biadab dan kurang wajar sebagai pemain bola sepak yang mewakili sekolahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp