HomeBuletinKem Smart Robotic fokus pendidikan STEM, peserta teruja sertai program sempena cuti...

Artikel Berkaitan

Kem Smart Robotic fokus pendidikan STEM, peserta teruja sertai program sempena cuti sekolah

Jazro Technology Robotics Sdn Bhd (JAZRO) telah menganjurkan Kem Smart Robotic secara fizikal dan dalam talian, baru-baru ini.

Kem yang berlangsung selama empat hari itu disertai peserta berumur antara tujuh hingga 17 tahun dan ia memfokuskan pengisian pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Empat Kem Smart Robotic telah diadakan secara fizikal di beberapa lokasi iaitu Universiti Malaysia Kelantan, Terengganu Digital TD1303, Masjid Negeri Pahang dan IMFutures Pusat Komuniti Indera Mahkota.

Manakala, edisi Kem Smart Robotic dalam talian bermula dari 27 hingga 30 Disember lalu dan ia terbuka kepada peserta seluruh negara.

Pengasas bersama JAZRO, Ir Dzulfarqeish Zainuddin berkata, JAZRO telah menganjurkan kem sebegini sejak 2019 lagi.

“Sambutan yang diterima sangat baik dan kami membawa kembali kem ini supaya peserta-peserta baru dapat belajar tentang robotik. Kami mahu bantu mereka mengukuhkan lagi kemahiran reka cipta dan inovasi,” katanya.

Baca juga Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters bantu SMK Taman Sri Muda

Baca juga Pengumuman pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi sesi persekolahan Penggal 3 2021/2022

Kem Smart Robotic yang diadakan ketika musim cuti sekolah yang lalu telah memuatkan pelbagai pengisian menarik iaitu pengaturcaraan komputer, teknologi robotik, sains komputer, seni berfikir dan gelombang otak.

Sementara itu, Dzulfarqeish berkata, Revolusi Industri 4.0 bergerak pantas pada masa sekarang.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita juga perlu pantas seiring dengan Revolusi Industri 4.0 ini.

“Kita tidak boleh ketinggalan dalam menyediakan pendidikan STEM untuk anak-anak. Kerana itu, besar harapan kami agar kem ini akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus meneroka dunia robotik setelah mereka tamat belajar di kem ini nanti,” katanya.

Pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution pernah menjelaskan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.

Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ‘kawan’ yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IR 4.0 melibatkan teknologi automasi dan memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.

Sebelum ini revolusi perindustrian pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustrian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya.

Bagaimanapun, Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Artikel Terkini