
Kentang goreng, burger, sosej antara 12 jenis makanan & minuman dilarang jual di sekolah!
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan 12 jenis makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada cara berterusan kerajaan untuk memastikan murid-murid dapat mengamalkan tabiat pemakanan sihat serta mendapat tumbesaran optimum sepanjang tempoh persekolahan mereka.
Menerusi hantaran rasmi di laman Facebook KPM, 12 senarai tersebut merangkumi pelbagai kategori makanan dan minuman yang tinggi gula, garam, lemak serta berpotensi memudaratkan kesihatan kanak-kanak.
1) Peraturan Makanan 1985
- Makanan luput tarikh
- Makanan berbentuk permainan
2) Makanan diproses
- Kentang goreng, burger, sosej, nugget, lok cheng dan lain-lain
- Bebola ikan/ayam/daging sebagai snek (bukan dalam masakan)
3) Makanan ringan/junk food
- Extruded snacks (potato chips, prawn crackers dan lain-lain)
4) Gula-gula dan coklat
5) Makanan dijeruk
6) Makanan berkrim/bersalut gula
7) Produk segera - Mi, bihun, ramen, kuetiau, bubur nasi, sup segera dan perencah
8) Produk konfeksi ais dan aiskrim
9) Minuman topping/campuran manis kordial, flavoured syrup, krimer, serbuk 3 ini 1, whipping cream
10) Minuman tenaga/isotonic/herba berperiasa, berkarbonat, berbuah (<35 peratus isi buah)
11) Teh dan kopi (hanya untuk guru)
12) Makanan dan minuman beralkohol
Secara keseluruhannya, pelaksanaan larangan 12 jenis makanan dan minuman ini membuktikan kesungguhan KPM dan KKM dalam membina persekitaran sekolah yang lebih sihat serta selamat untuk murid.
Semoga kedua-dua kementerian ini terus komited memperjuangkan agenda pemakanan sihat, demi melahirkan generasi cerdas minda, cergas fizikal dan seimbang dari segi kesihatan.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan larangan 12 jenis makanan dan minuman di kantin sekolah
- Langkah ini bertujuan memastikan murid mengamalkan pemakanan sihat
- Senarai larangan merangkumi makanan tinggi gula, garam, lemak dan berpotensi mudarat
- Termasuk dalam larangan adalah makanan luput tarikh, makanan diproses, junk food, gula-gula, dan minuman manis
- Pelaksanaan ini membina persekitaran sekolah yang lebih sihat dan selamat