PSRA diduduki murid Tahun Enam di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan KAFA Integrasi seluruh Selangor.
PSRA diduduki murid Tahun Enam di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan KAFA Integrasi seluruh Selangor.

Keputusan PSRA 2023 diumum 14 Disember

ROSHLAWATY MD RAIEH
13 Dec 2023 01:52pm
A
A
A

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2023 diumum pada 14 Disember (Khamis), jam 10 pagi di Dewan Sakinah, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, Selangor.

Kepada calon dan ibu bapa serta penjaga yang ingin mendapatkan keputusan penuh, mereka boleh membuat semakan secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari, tarikh yang sama di pautan link yang akan diberi selepas pengumuman JAIS.

Slip keputusan PSRA boleh dicetak oleh para calon ketika semakan dibuat bagi tujuan permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Agama Menengah, Sekolah Agama Menengah Tinggi, Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS).

Maklumat lanjut mengenai peperiksaan ini, sila layari laman web https://pendidikan.jais.gov.my/.

Terdahulu, PSRA merupakan peperiksaan bersijil yang dijalankan oleh JAIS Bahagian Pendidikan Islam.

Ia diduduki murid Tahun Enam di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi serta Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor bertujuan memastikan mereka mempunyai pemahaman yang baik dalam agama Islam dan mampu mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan sehari-hari.

Peperiksaan ini berbeza dengan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

PSRA dinilai dalam enam bidang iaitu Al-Quran dan Hafazan, Akhlak/Sirah, Tajwid, Tauhid/Fiqh, Bahasa Arab dan Jawi serta Imlak dan Khat.

Artikel Berkaitan:

Format Peperiksaan PSRA terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A merangkumi 60 soalan objektif manakala Bahagian B soalan subjektif.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok