Pemain SMK Shah Alam meraikan kejayaan menjuarai Piala Dato' Mokhtar Dahari B-15 bersama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Norliza Sahib dan Nor Megawati, barisan jurulatih dan warga sekolah di Stadium MBPJ, selepas perlawanan akhir.
Pemain SMK Shah Alam meraikan kejayaan menjuarai Piala Dato' Mokhtar Dahari B-15 bersama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Norliza Sahib dan Nor Megawati, barisan jurulatih dan warga sekolah di Stadium MBPJ, selepas perlawanan akhir.

Rahsia kecemerlangan SMK Shah Alam

Sokongan pelbagai pihak bantu julang Piala Dato' Mokthar Dahari

ZURAIMEE ZAINAL
26 Dec 2023 11:24am
A
A
A

Kerjasama dan sokongan berterusan rantaian membolehkan skuad bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam, Selagor meraih kejuaraan berganda dalam Kejohanan Piala Dato' Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) tahun ini.

Menurut pengendali skuad B-15 SMK Shah Alam, Mohd Akid Aiman Mohd Zanggi, kerjasama dan sokongan rantaian bola sepak itu menjadi dos penggalak skuad muda sekolah tersebut dalam merangkul trofi Piala Sumbangsih dan Piala Dato' Mokhtar Dahari B-15.

“Alhamdulillah, kita berjaya meraih pencapaian yang membanggakan, namun kecemerlangan ini bukan hasil usaha berseorangan, sebaliknya kerjasama pelbagai pihak.

“Ia terutama usaha yang digerakkan Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat, Jailani Abdul di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor yang menjadikan SMK Shah Alam sebagai Pusat Latihan Daerah (PLD) pada 2021.


Skuad SMK Meru melabuh tirai Piala Dato' Mokhtar Dahari B-15 2023 dengan status naib juara.
Skuad SMK Meru melabuh tirai Piala Dato' Mokhtar Dahari B-15 2023 dengan status naib juara.

“Usaha ini secara tidak langsung memudahkan urusan jurulatih separuh masa menempatkan pemain-pemain terbaik seluruh negeri di SMK Shah Alam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Mohd Akid berkata, pihak sekolah juga mendapat pelbagai insentif daripada JPN Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana untuk menjalankan program pembangunan bola sepak di SMK Shah Alam.

“Sokongan berterusan daripada Pengetua SMK Shah Alam, Rasul Maideen Haja Maideen; Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar serta Penolong Kanan Kokokurikulum, Nor Megawati Mat Taib juga adalah booster yang membolehkan kami barisan jurulatih bersemangat membawa pasukan SMK Shah Alam ke tahap lebih tinggi.

“NFDP (Program Pembangunan Bolasepak Negara) juga tidak ketinggalan memainkan peranan membantu menyediakan insentif kepada jurulatih separuh masa untuk terus melatih pemain-pemain SMK Shah Alam sepanjang tahun dalam program pembangunan bola sepak.


Hazif Hakim antara pencetak gol dalam perlawanan akhir itu.
Hazif Hakim antara pencetak gol dalam perlawanan akhir itu.

“Sokongan paling besar untuk pasukan bola sepak SMK Shah Alam, tentu sahaja datang daripada ibu bapa pemain yang aktif membantu pasukan baik dari segi kewangan dan masa. Mereka inginkan anak-anak mencapai kejayaan dalam sukan bola sepak.

“Sekiranya tanpa sokongan ibu bapa pemain, sejujur sukar untuk pasukan bola sepak SMK Shah Alam berada di tahap sekarang,” katanya.

Julang piala di Stadium MBPJ

SMK Shah Alam sebelum itu muncul juara Piala Dato' Mokhtar Dahari B-15 2023 selepas menewaskan SMK Meru, Klang 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 4 Disember lalu.

Gol SMK Shah Alam dijelmakan Vincenzo Oliveo D'Dozzel Donny (m-3), Muhamad Danish Harith Muhd Zakri (m-11) sebelum Hafiz Hakim Noorfaezal (m-48) memastikan trofi kedua di kabinet skuad B15 sekolah tahun ini.

Selaku juara, SMK Shah Alam membawa pulang RM8,000 manakala SMK Meru naib juara menerima RM6,000.


Hadif Hazzuar berusaha meloloskan diri daripada kawalan pemain SMK Meru.
Hadif Hazzuar berusaha meloloskan diri daripada kawalan pemain SMK Meru.

Kejuaraan itu mendapat tajaan daripada Kumpulan Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Sinar Harian sebagai akhbar rasmi.

Pada 8 November lalu, jaringan tunggal Hazif Hakim membolehkan SMK Shah Alam bergelar juara selepas menewaskan SMK Dato' Harun, Tanjung Karang, 1-0 bagi menjulang Piala Sumbangsih dalam aksi di padang sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19, Shah Alam.


Vincenzo Oliveo diasak pemain SMK Meru dalam perlawanan akhir di Stadium MBPJ.
Vincenzo Oliveo diasak pemain SMK Meru dalam perlawanan akhir di Stadium MBPJ.

INFO PIALA DATO' MOKHTAR DAHARI B-15 2023

PENJAGA GOL TERBAIK

Danish Adyan Zulkarnian Saiful Zulkarnian - SMK Shah Alam

PENJARING TERBANYAK

Vincenzo Oliveo D’Dozzel Donny (10) - SMK Shah Alam

PEMAIN TERBAIK

Muhammad Danish Harith Muhd Zakri - SMK Shah Alam

KUMPULAN SORAK TERBAIK

SMK Shah Alam

(FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR, SMK SHAH ALAM DAN SMK MERU)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok