Calon STAM boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian dan sistem SMS.
Calon STAM boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian dan sistem SMS.

Keputusan STAM diumum 18 April ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
12 Apr 2023 08:51am
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 akan diumumkan 18 April ini.

Menurut kenyataan media KPM pada Selasa, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan STAM 2022 di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

Manakala bagi calon persendirian pula, keputusan STAM akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Selain membuat semakan di sekolah dan melalui pos, para calon juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Bagi kaedah secara dalam talian, calon boleh melayari pautan www.myresultstam.moe.gov.my bermula 10 pagi pada 18 April hingga 6 petang pada 24 April 2023.

Untuk kaedah secara SMS pula, calon perlu menaip STAMNombor Kad PengenalanAngka Giliran dan hantar ke 15888.

Sistem SMS tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 18 April hingga 6 petang 25 April ini.

Seramai 4,634 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2022 di 134 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Ia dilaksanakan bermula 16 hingga 19 Januari lalu membabitkan subjek Hifz al-Quran dan Tajwid; Fiqh; Tauhid dan Mantiq; Tafsir dan Ulumuhu; Hadith dan Mustolah; Nahu dan Sarf; Insya’ dan Mutalaah; Adab dan Nusus;'Arudh dan Qafiyah serta Balaghah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok