Layari pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk menyemak keputusan STPM 2022 masing-masing.
Layari pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk menyemak keputusan STPM 2022 masing-masing.

Keputusan STPM 2022 diumum 13 Julai ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
11 Jul 2023 03:12pm
A
A
A

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 13 Julai ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan media pada Selasa memaklumkan, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula pukul 11.30 pagi pada tarikh tersebut.

Selain hadir ke sekolah, para calon STPM juga boleh menyemak keputusan menerusi dua kaedah iaitu secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM jarak Nombor Kad Pengenalan jarak Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11 pagi pada 13 Julai 2023 (Khamis) hingga pukul 12 tengah hari 23 Julai 2023 (Ahad).

Seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2022 di 659 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Manakala seramai 5,668 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok