Semakan keputusan boleh dibuat sama ada melalui pautan tertera atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
Semakan keputusan boleh dibuat sama ada melalui pautan tertera atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai - MPM

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
19 Jul 2024 09:38am
A
A
A

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 akan dikeluarkan pada 23 Julai 2024 (Selasa).

MPM dalam satu kenyataan berkata, seramai 41,548 calon telah menduduki peperiksaan berkenaan di 657 buah pusat peperiksaan seluruh negara dan 16,387 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui kaedah yang tertera di bawah.

a) Bagi calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu calon boleh mendapatkan keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM [jarak] Nombor kad pengenalan [jarak] Angka giliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan bermula pukul 11.30 pagi pada 23 Julai hingga 12 tengah hari pada 30 Julai.

b) Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula pukul 11.30 pagi pada 23 Julai 2024.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok