WhatsApp Image 2021-07-12 at 15.57.58
WhatsApp Image 2021-07-12 at 15.57.58

Kerjasama antara Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Malaysia Airlines Berhad, terbangkan pelajar dari Jepun

webadminwebadmin
12 Jul 2021 05:59pm
A
A
A

Kuala Lumpur – ‘Study in Malaysia’ merupakan salah satu inisiatif Education Malaysia Global Services (EMGS) untuk membantu pelajar antarabangsa belajar di Malaysia sejak berlakunya pandemik Covid-19.

Untuk itu, baru-baru ini seramai 14 pelajar Jepun baharu dan semasa telah menerima tawaran harga khas Penerbangan Promosi EMGS dan Malaysia Airlines untuk perjalanan ke Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Mohd Radzlan Jalaludin, kolaboratif itu menyaksikan pelajar-pelajar tersebut diterbangkan khas oleh Malaysia Airlines Berhad.

Katanya, pelajar-pelajar ijazah sarjana ini akan meneruskan pengajian mereka di Monash University, Taylor's University, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), HELP University dan Kolej Sunway.

"Pelajar antarabangsa adalah keutamaan kami dan pastinya pelajar-pelajar ini sangat teruja datang ke Malaysia untuk belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di sini.

“Usaha sama daripada pihak EMGS dan Malaysia Airlines Berhad ini adalah untuk memastikan segala proses berjalan lancar.

Pelajar-pelajar ijazah sarjana akan meneruskan pengajian mereka di Monash University, Taylor's University, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), HELP University dan Kolej Sunway.

“Pelajar antarabangsa akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan Malaysia dan mengikuti SOP serta garis panduan dari IPT masing-masing, sama seperti pelajar yang lain di Malaysia. EMGS komited menyokong semua inisiatif yang dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk pemulihan ekonomi negara melalui pelbagai kaedah,” ujarnya.

EMGS juga komited untuk terus konsisten dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan global pilihan dan akan memastikan kebajikan semua pelajar antarabangsa di negara ini terjamin.

Mengulas lanjut mengenai kolaboratif tersebut, Mohd Radzlan memberitahu, kesemua pelajar Jepun itu telah memperoleh Single Entry Visa (SEV) daripada Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan.

Sebelum proses perlepasan, semua pelajar diminta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas dan mengikuti nasihat pihak berkuasa di Jepun.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), para pelajar akan menjalani proses wajib dan mengikuti prosedur kuarantin di stesen yang akan ditentukan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok