Gambar hiasan
Gambar hiasan

Kes pelajar Tingkatan Enam jadi perhatian, JPN Johor tampil siasat

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
05 Dec 2025 04:27pm

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor mengesahkan pihaknya sedang menyiasat isu tular membabitkan seorang pelajar Tingkatan Enam di sebuah sekolah di negeri ini yang didakwa diminta untuk berhenti sekolah.

Dalam satu kenyataan, JPN Johor memaklumkan siasatan awal mendapati pelajar berkenaan telah membuat keputusan untuk berhenti sekolah atas faktor kesihatan.

Bagaimanapun, dakwaan berkaitan kelemahan pihak sekolah dalam menguruskan perkara tersebut kini sedang diteliti.

Pada masa sama, JPN Johor menegaskan bahawa peluang untuk mendapatkan pendidikan terbaik merupakan hak setiap murid.

Sehubungan itu, semua pentadbir sekolah, guru serta pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri diminta agar meningkatkan usaha bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan murid sentiasa terpelihara.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Pendidikan Negeri Johor sedang menyiasat isu pelajar Tingkatan Enam yang didakwa diminta berhenti sekolah
  • Siasatan awal mendapati pelajar tersebut membuat keputusan berhenti atas faktor kesihatan
  • Dakwaan kelemahan pihak sekolah dalam mengurus isu tersebut sedang diteliti
  • JPN Johor menegaskan hak setiap murid untuk mendapatkan pendidikan terbaik
  • Pentadbir sekolah, guru, dan pegawai PPD diminta memastikan kesejahteraan serta kebajikan murid terpelihara
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp