cambridge university
cambridge university

Khalifa guru Malaysia pertama dinobatkan sebagai pemenang Global 2022 Cambridge Dedicated Teacher Awards

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
27 May 2022 11:52am

Mengajar di kawasan pedalaman tidak pernah menjadi alasan kepada guru Kolej Vokasional Keningau, Khalifa Affnan untuk menyediakan pendidikan bertaraf antarabangsa kepada anak-anak muridnya.

Pelbagai inisiatif dilakukan guru berkenaan termasuklah dalam projek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang melatih pelajar dalam robotik, dron, pengekodan dan disiplin berasaskan teknologi yang lain.

Pendekatan beliau itu berjaya meningkatkan penyertaan aktif pelajar perempuan dan pelajar keperluan khas dalam aktiviti STEM.

Artikel berkaitan

RM50,000 untuk Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari

Guru dinobat sebagai pemenang anugerah unggul UMT

Ternyata usaha keras itu membuahkan kenangan manis apabila Khalifa diumumkan sebagai pemenang Global 2022 Cambridge Dedicated Teacher Awards, baru-baru ini sekali gus menjadi guru Malaysia pertama yang dipilih sebagai pemenang untuk anugerah di peringkat global itu.

Kemenangan itu membolehkan Khalifa menerima set buku kelas dan sumber digital pilihan oleh Cambridge University Press, serta pakej pembangunan profesional.

Beliau juga akan dipaparkan di muka depan setiap buku teks Pendidikan Akhbar Cambridge University yang baharu mulai Februari 2023.

Berkongsi mengenai kemenangan itu, Khalifa berkata, pengiktirafan itu adalah satu pembakar semangat buat dirinya sekali gus mendorong beliau untuk terus memacu kecemerlangan di masa depan.

"Sebenarnya keghairahan berkongsi ilmu dalam bidang STEM ini tercetus apabila saya menyertai program pertukaran guru anjuran Bahagian Profesionalisme Keguruan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Pengalaman itu meluaskan fikiran saya tentang dunia teknologi dan membuka mata saya kepada mekanik di sebalik dron, robotik, pengekodan dan banyak lagi.

“Ia juga menyemarakkan semangat saya dalam mengajar subjek berasaskan teknologi, selain daripada subjek berasaskan bahasa yang saya sudah mengajar. Saya amat berterima kasih kepada Cambridge Dedicated Teacher Awards di atas anugerah ini,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp